Saturday, May 21, 2011

Terima kasih atas sokongan....

Assalamualaikum....


Terima kasih pada semua readers yang bagi sokongan tak berbelah bahagi.
Aku sangat terhutang budi. 
Ye, aku kene kuat. Keputusan ujian darah tak tau lagi.
27 May, harus ke Hospital Ampang semula.
Harap ada perkhabaran gembira buat aku.


Aku sedar, aku sedang di uji. Aku redha
Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku
Jadi perempuan, jadi ibu, jadi isteri harus kuat
Demi orang tersayang, demi anak, demi suami dan diri sendiri
Siapa kata perempuan lemah?
Lelaki tak akan rasa semua nie.
Walau setinggi mana kata simpati, tak sama dengan perasaan ini.


Sumpah, aku takut, tapi untuk apa aku takut?
Seharusnya aku tabah, doa yang terbaik
Doa yang tak putus-putus.
Aku dah lalui pelbagai dugaan BESAR dalam hidup ini
Jiwa aku kental. Hati aku keras. 
Moga aku lebih kuat....




Sesungguhnya Allah takkan turunkan ujian di luar kemampuan hambaNya...


Aku sihat dan aku tidak sakit....Aminnn.....

3 comments:

kakyong said...

lama tak singgah sini..
kakyong kena baca n3 sebelum ni lah yer..

semoga kuat melalui dugaan


n3 terbaru kakyong
Menang strawberry white coffee GA Eyriqazz@GTO
NOra Elena–review episod 3
Aliya boleh tulis dengan betul

.:princess arisya:. said...

Salam, Akak sabar ye kak, sesungguhnya Allah telah merancang setiap perjalanan hidup hambaNya, mesti ada hikmah disebalik semua yang terjadi....eida tau akak seorang yang tabah...serah semuanye kpd Allah....

azleen said...

Semoga tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran.Sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.Cekalkan hati dan perasaan kerana insan bergelar ibu sahaja yang akan memahami perasaan sebegini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...