Friday, May 6, 2011

Sumber kekuatan diri... anakku.

Assalamualaikum... Kali nie aku nak cerita pasal budak kecik nie yang jadi peneman aku kat Hospital. Korang tengok je lah katil dia, special punya.. 1st time duduk dalam katil tu, mulut dia punya riuh, bising. Suka sangat la yek.. Aku nie di tempatkan dalam wad 4C, wad lepas bersalin, yang mana mak-mak orang baru lepas beranak dan baby ditempatkan kat situ..


Kiranya anak aku la baby paling tua kat situ.. Ye, suara dia kalau bertempik, satu wad boleh dengar. Aku nie gagahla dok kejar dia dalam wad, bukan reti duduk diam.. Sementara mommy ko nie tak masuk OT lagi, tak kene godam lagi, bolehla nak membuli.. Orang yang datang melawat mak-mak yang bersalin semua pelik tengok aku, ada yang tanya "mana baby?" Jadi satu kerja aku nak terangkan apa yang jadi pada aku..



Nie dia dok lepak atas katil aku, tak pasal-pasal kene share single bed dengan budak lasak nie. Masa nie aku baru lepas keluar OT, dengan kaki kebas macam orang lumpuh, tak boleh bergerak, terpaksa pula melayan karenah budak kecik nie.. Hadoi, aku rasa macam nak bawa masuk budak nie dalam perut balik. Senang nak bawa, senang nak kendong.. Korang bayangkan, setiap kali nurse masuk, bila nurse tegur dia comel, dan dan tu lah dia buat muka comel cam kat atas tu.. Lepas tu, harus la kene kidnap dengan nurse.. Lega sikit aku dapat rehat..


Hah, korang tengok lah, senangnya dia tidur.. Petangnya dia tidur sampai la ke pukul 10pm. Aku nie dok kejut suh dia bangun, takut malam nanti dia tak tidur... Hampeh, dia lagi lena tidur.. Mujur juga malam tu, dalam pukul 1.00am dia tidur semula. Puas pujuk, puas main, bagi susu atas katil aku, baring sama dengan dia sampai dia tidur.. Dah lena sikit, baru la dok angkut ke katil dia.. Lena! Dari malam tu sampai la daddy dia datang ambil jam 6.00am.. Gerak sikit-sikit jelah, cuma tak terjaga je.. Kalau kat rumah nie, jangan harap nak tidur dalam katil. Mungkin best tidur kat hospital nie kot, aircond kuat. Selesa.

Kenapa angkut anak aku sekali dalam wad? Salah satu sebab, dia fully BF. Tak pernah minum botol. Sukar? Takdelah, orang dah bagi pelepasan boleh bawa masuk anak, takkan aku nak tolak kan? Lagi aku bersyukur, sekurang-kurangnya dia lah peneman aku, bagi aku kuat semangat sikit. Kalau tak mesti aku nangis je. At least bila ada anak aku sama, aku tak fikir ke lain, melayan karenah dia je.


Aku tau anak aku faham apa yang aku cakapkan.. Air muka dia berubah bila aku bagitau "Amal Khalisah, adik dah tak ada tau.. Allah dah ambil adik semula.. Allah sayang adik... Belum rezeki Amal Khalisah nak dapat adik.. Amal Khalisah behave ye, mommy tak sihat nie, mommy sakit... Tolong mommy ye sayang.." lepas aku habis cakap je, dia terus peluk aku.. Aku tau dia faham dan sesungguhnya dia anak yang baik...







3 comments:

A y e s h a Ramlee said...

senarai GA tak update lagi ke? ayesha lama tak on blog tu yg tak tahu, da umum ke blum... :)

The Games Bingo said...

senarai nama contest tak update lagi ke? tak ada pun nama saya... :)

LiErOSe~QiEmi said...

koooooooooo.. bergenang air mata aku bace entry ko.... sabar ekkkkk.. sori aku tak tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...