Thursday, May 5, 2011

Sekadar berkongsi.. suami, hargailah isteri

Assalamualaikum..

gambar dari HP cap ayam

Aku harap tak ada yang salah faham dengan apa yang aku luahkan dalam blog ini.. Bukan memohon simpati sesiapa cuma sekadar berkongsi pengalaman. Kadang-kadang kita tak sedar akan hebatnya Kuasa Yang Maha Esa.. Apa yang Dia tentukan, apa yang terlulis, kita tak tau. Aku pasti, ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. 

Bohongla kalau aku kata aku tak sedih langsung.. Anak tu, darah daging sendiri.. Even baru 7 minggu lebih, dia tetap anak aku.. Siapa tak sedih kan? Ini cuma dugaan kecil untuk aku sekeluarga. Ini cuma ujian kecil dari Allah.. Aku kene kuat, orang lain hadapi dugaan yang lagi getir dari ini dan seharusnya aku bersyukur dengan pengalaman yang aku lalui ini..
Aku bersyukur dapat suami yang memahami dan ambil berat, menitiskan air mata lelaki melihat keadaan isterinya nie. Sanggup ketepikan kerja demi menemani aku dan anak. Sanggup ketepikan punca rezeki semata-mata untuk menjaga emosi aku. Sungguh, tak terbalas segala pengorbanannya..

Apa yang boleh aku katakan kat sini, terutama para suami.. Hargai isteri anda.. Sayangi isteri anda.. Jangan la lukakan hati dia.. Tau tak segala perit jerih yang isteri lalui semuanya sebabkan suami? Sakit isteri nak bersalin, datangnya dari suami.. Penat lelah isteri bekerja, sebab nak bantu ringankan beban suami.. Isteri berjaga malam jaga anak, sebabkan suami..tak nak suami tak cukup rehat.. Pernah tak korang-korang yang bernama lelaki nie berkorban untuk isteri? Hargai isteri? Ke cuma cukup setakat bekerja dari pagi sampai ke tengah malam, cari duit, sampaikan tak ada masa untuk keluarga dan anak-anak? Adakah itu pengorbanan yang berbaloi?

Kalau ada niat nak curang, nak kahwin lain, nak pasang kabel baru, hentikanlah.. Cukuplah apa yang ada sekarang, bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan.. Didiklah dan sayangi isteri sepenuh hati.. Tak ruginya korang buat camtu.. Cayelah...

p/s : bukan untuk isteri je.. untuk mak juga... Sempena hari ibu nie, hargailah mereka....




6 comments:

♥♥LiSsA♥♥ said...

salam,lisa ikuti mummy jue punye cerita/pengalaman dari part 1 tadi smpai la ni. banyakkan bersabar ye. semua yg terjadi ada hikmah. semoga makin lebih tabah dn kuat utk kehidupan masa depan:)

cikpuanhady said...

semoga dear dan family diberi kekuatan dan ketabahan..

Blogshop kami :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS GA

Belog kami :Notre Belle Histoire

Farah Shamsudin said...

mummy jue, kuatkan hati ye.. setiap apa yg berlaku tu ada hikmahnya. alhamdulillah, mummy jue dapat suami yang sangat memeahami.. harap sentiasa rukun begini sehingga akhir hayat.. amin..

zoelalisa said...

entry yg menarik.
kdg2 lelaki tak pernah nk hargai isteri..
malah, melukakan dan menyakitkan hati.
Bersyukurlah sbb dikurniakan suami yg memahami.

Ulam Kerdas said...

kuatkan semangat ye Junn..

Setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya. Jangan cepat putus asa ye:)

Mungkin kalo aku ditempat ko pun akan rasa mende yang sama. Tp aku x dpt bygkan bagaimana diri aku kalo Allah bagi ujian ni kat aku.huhu..sedih sgt!

ko adalah insan yang bertuah dan dikalangan yg terpilih untuk menghadapi ujian ni. Tabah ye..
:)

mama tims said...

semoga tbh mengharungi kehidupan..Insyaallah ada hikmah dsebaliknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...