Sunday, May 8, 2011

Mama, Kaulah segalanya.....terima kasih mama

Assalamualaikum..
Hari ini hari ibu..
Tapi pada aku, tiap-tiap hari adalah hari ibu
Setiap hari harus lafazkan sayang dan terima kasih pada ibu
Tapi hari ini istimewa sebab semua ibu di raikan bagaikan PUTERI

Sungguh, kita takkan rasa bagaimana perasaan seorang ibu sehinggalah kita jadi ibu
Kita takkan rasa betapa berharganya ibu sehinggalah kita lalui semua ini
Susahnya nak jaga anak, susahnya nak mengandungkan anak
Betapa sakitnya masa nak lahirkan anak
Bertarung nyawa demi satu nyawa

Sumpah, aku anak derhaka satu masa dulu
Selalu lawan cakap mama, selalu memberontak
Semua orang ada buat silap dengan mak
Bohongla kalau kita kata kita anak yang baik dan tak lukai hati mak
Sekarang aku sedar, bila dah lalui semua pengalaman ini

Sesungguhnya masih belum terlambat untuk aku ungkapkan sayang yang tak terhingga
Sesungguhnya aku masih belum terlambat untuk ucapkan terima kasih 
pada mama yang banyak berkorban untuk aku dan adik-adik
Mama insan yang cekal, antara kerjaya dan keluarga
Semuanya di bahagi sama rata, walaupun ada masa sedikit terabai

Pengorbanan mama membesarkan kami adik beradik
Memang tak terbalas dek kata-kata dan perbuatan
Hanya doa dan doa yang mampu kami adik beradik panjatkan
Moga mama sentiasa mendapat rahmat Allah
Moga mama dikurniakan kesihatan yang baik
Moga segala dosa mama terhapus
Kalau boleh, biarlah kami yang memikul segala dosanya kerana mama insan mulia

Terima kasih mama, Zaiton Yaacob.. terima kasih atas segalanya



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...