Thursday, May 5, 2011

Hanya 7 minggu dalam rahim mommy | part 2

Assalamualaikum...
sila abaikan bulu roma yang banyak itu yek.. hehe

Wah, macam drama bersiri pulak, ada sambungan... huhu.. 

Rabu, 4 Mei 2011 - Malam tu aku memang tak lena tidur. Risau kan anak dara sorang nie yang tak pernah tidur dalam katil.. Risau dia panjat nak turun.. Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat.. Dia tidur lena sampai ke pagi. Owh ya, lupa nak bagitau yang aku duduk dalam wad orang lepas bersalin.. Rata-rata baby dalam tu, anak aku je yang paling besar.. hehe.. Sedih, sebak, macam-macam ada bila tengok baby baru lahir.

Esoknya awal pagi dah call suami minta tolong datang amik Amal Khalisah.. Jam 6 pagi orang tua tu dah terpacak kat hospital, bawa Amal Khalisah balik. Kesian Amal Khalisah tak dapat menyusu pagi tu. Masa dia tidur, awal-awal dah pesan minta dia behave, alhamdulillah.. Dia anak yang baik.. Lepas suami balik, aku mandi dan siap-siap pakai baju nak masuk OT.. 

Dalam 6.40am, doktor datang masukkan ubat untuk bagi rahim kembang. Sumpah tak selesa bila ada tangan masuk kat situ.. Mujur doktor perempuan.. Lepas masuk ubat, aku tak boleh gerak selama satu jam, paling kurang.. Dari pukul 2.00am aku kene puasa sampailah selesai 'cuci'. Tengok air masak pun boleh terliur tau! Tuhan je yang tau camne laparnya aku pagi tu.. huhuhu.. Sejam macam robot, tak bergerak langsung.. Kerja aku hanyalah tidur. Anak dah takde kat sebelah, bolehla nak rehat sikit..

9.30am - Nurse gerakkan, siap sedia nak ke OT.. Aku tengah mamai-mamai tak sempat nak call suami. Sekali lagi duduk atas katil, macam bersalin aritu. Cuma kali nie suami takde sama.. Sedih sangat.. Masuk dewan bedah, sambil-sambil tunggu giliran jenguk juga ke luar pintu, dengan harapan ada la suami dengan anak terpacak kat situ. Sumpah! aku sedikit takut, tiba-tiba jadi tak kuat.. Aku takut tak sempat cium anak aku lagi.. Zikir dan doa tak putus-putus dari bibir nie.. 

Dengan keadaan yang sejuk giler, aku menggigil kesejukan, ketap bibir banyak kali tahan sejuk. Nak bangun memang tak boleh dah.. Duduk diam jela, menahan sejuk. Gini rasanya dok kat eskimo agaknya..


bersambung.......

1 comment:

.:hana radzi:. said...

saya pun baru alaminya.tak tau la berapa lama dia sempat berada dalam rahim ni.sedar2 minggu kesembilan kena cuci sebab asyik turun darah & dia pun tak menjadi.sedih jugak sebab berharap dapat cahaya mata this year.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...