Monday, May 23, 2011

Hampir dua minggu.. moga cepat sembuh

Assalamualaikum.. Aku lupa bawa laptop! Terpaksa pinjam laptop my husband. Seminggu nie aku ber'kampung' di rumah my in law. Temankan mak mertua aku. Kesian juga dia sorang-sorang kat rumah, tak ada lelaki. Yelah kan, sekarang nie macam-macam jenayah berlaku. So far, father in law masih lagi di Hospital. Tiap-tiap hari MIL, akan ke sana. Tengahari, petang setiap kali masa melawat, dia akan ke sana. Jenguk suami tersayang. Belikan apa yang my FIL nak makan, teringin nak makan.


Kalau ikutkan perhitungan dah hampir dua minggu dia kat sana. Harap-harapnya boleh keluarlah tak lama lagi. Siapa seronok duduk hospital lama-lama? Rumah ku syurgaku ok! Aku tak dapat nak jenguk FIL selalu, kalau ada kesempatan je. Susah ada anak kecik, tambah-tambah musim orang sakit sekarang nie. Si kecik nie pun demam on and off. Kiriman salam dan doa je lah yang mampu aku bagi. Dengan harapan my FIL cepat sembuh.


Tengahari tadi, my MIL kata, doktor pakar ada bagitau kemungkinan my FIL menghidap cancer. Apapun, aku takmo terima keputusan tu bulat-bulat sebab belum dapat keputusan dari ujian makmal. Harap-harapnya tak lah...


Jumaat nie, giliran aku pula. Berdebar-debar nak tunggu keputusan. Lebih risau dari tunggu keputusan exam. 


p/s : mood nak balik kuantan, berkobar-kobar. Harap semuanya berjalan lancar!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...