Monday, May 9, 2011

Entry dari mama....anak mana yang tak nangiss?

Assalamualaikum.. Semalam, sedia maklum, Hari Ibu.. Aku tengahari baru call mama wish Happy mothers day. Sebelum tu dah buat entry kat blog, dengan harapan mama ada baca. Sehari sebelum tu, adik aku yang bongsu ada call aku tanya nak bagi hadiah apa untuk mama.. Aku suruh buat kad, dia kata mama taknak kad..


Nak tau apa yang si kecik tu bagi kat mama aku? Aiskrim mat kool yang singgit tu, perasa banana split.. Ok la kan, at least dia ikhlas nak bagi.. Sama macam birthday papa bulan 2 hari tu. Dia bagi buku 555, dengan pensil sebatang. Itu yang dia mampu..



Anak2ku. Terima kasih atas sokongan & penghargaan kamu semua. Semoga allah merahmati hidup anak2 ku.

Ingatan kamu w/pun tak berupa sambutan tp tetap ibu tersentuh.
Ank yg bongsu (std 4) sekadar membeli ais kerim rm1.00 utk ibunya. Itu yg dia mampu & ikhlas. Setelah lama mencari idea.
Ank ibu yg istimewa pula menyuapkan ibu dgn kek & agar2.
" utk mama katanya. Kan hari ni hari ibu" tersentuh rasa hati ini.
Yg sulong & ke2 berada di KL. T/kasih yg tak ternilai atas ingatan kamu semua.

**aku copy paste dari FB mama**
sebagai anak, korang sayu tak? haku nangiss...

p/s : semalam anak den tak wish apa-apa, ye la, setahun 3 bulan kott.. mana boleh cakap lagi.. Cuma encik suami 'belanja', urut badan dekat kg Rinching.. Macam biskut patah bunyi tulang-tulang ni.. Sudahnya hari nie, sakit satu badan. Owh, dan aku dapat la merasa sepotong kek SR.. Kira bolehla dari tak dapat apa-apa kan...... 

p/s/s : ada masa sedih juga sebab mother's day without si tecik dalam rahim mommy....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...