Sunday, May 15, 2011

Bulan May, bulan penuh ujian....

Assalamualaikum.. Entry ringkas untuk hari nie. Bulan May, bulan dugaan untuk kami sekeluarga. Allah nak uji kami. Awal bulan, dapat berita gembira yang aku hamil. Anniversary perkahwinan kami yang ke 2..Beberapa hari lepas tu, aku keguguran pula. Dimasukkan ke hospital untuk D&C. Sehari sebelum aku dimasukkan ke hospital, kami sekeluarga ke Melaka untuk ziarah pakcik saudara my husband a.k.a adik kepada my FIL (note :downsyndrom) yang sedang terlantar sakit. Sungguh aku sedih dan tersentuh. Kerana apa? Aku juga mempunyai adik yang downsydrom, tersentuh melihat keadaan uncle ayip yang semakin tenat. Air mata murah mengalir tanpa di pinta..


Seminggu lepas tu, aku di kejutkan dengan perkhabaran yang uncle ayip telah pulang ke Rahmatullah.. Aku sedih sebab tak dapat ziarah untuk kali terakhir, keadaan tak mengizinkan.. Aku dalam pantang selepas keguguran.. Hanya wakilkan suami dan alhamdulillah hati sedikit tersentuh dan sayu bila suamiku bantu menguruskan jenazah hingga ke liang lahad. Syukur sangat. Al-fatihah untuk arwah uncle ayip..


Dan semalam, aku di kejutkan dengan satu perkhabaran yang tidak enak di dengar. Bapa mertua aku di masukkan ke Hospital atas masalah kesihatan. Siang tadi baru berkesempatan ke Hospital Ampang sekali lagi untuk ziarah papa. Sedih juga sebab tak dapat naik atas, ye la kanak-kanak bawah 12 tahun tak di benarkan masuk untuk melawat pesakit.. Tak tahu macamana keadaan papa..


Sudahnya, masa aku tengah dok tunggu kat lobi, papa turun dengan kerusi roda bersama dengan my husband dan mama.. Ya Allah, lega sangat hati nie bila tengok keadaan papa yang tak seteruk mana.. Di masukkan ke hospital untuk rawatan biasa, untuk pantau tahap kesihatan dia sahaja. Perasaan lega tu hanya Allah je yang tau macamana... Nurse benarkan papa turun, nak tengok cucu....


Esok nak ke hospital lagi, nak melawat papa.. Selagi masih berdaya, selagi tulang empat kerat masih lagi boleh berfungsi, dan sebelum mata terpejam, tak salah kiranya kita terus berbakti untuk parents kita. Tak rugi mana pun kan......



2 comments:

Adam Narzuan said...

tabahkan hati dengan ujian yang diterima. Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh Hamba-Nya.. Sememangnya kita perlu berbakti kepada orang tua kerana mereka tiada gantinya.. Keep it on..

LiErOSe~QiEmi said...

ju... aku baru terbaca.. minggu lepas agak bz...


sorry to hear all ur news.. tabah la ye jun.. ada hikmah disebaliknye tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...