Saturday, May 7, 2011

Ammar nak masuk syurga....sesungguhnya aku tak kuat

Assalamualaikum
Gosok-gosok perut, sambil berdoa
Gosok-gosok perut, sambil berkata-kata
Gosok-gosok perut, memohon yang terbaik..

Tiba-tiba aku tersentak
Aku lupa.. Sumpah aku lupa
Yang dia sudah tiada
Yang dia sudah kembali kepadaNya
Walaupun hadirnya hanya sementara
Namun ianya tetap terasa

Ada masa aku tak kuat
Ada masa aku tak ingat
Ada masa hati dilanda sayu
Bukan mudah untuk aku lalui semua ini
Pada mereka yang tak pernah alami
Mungkin tidak akan tahu
Pada mereka, ini cuma perkara biasa
Tapi tidak pada aku

Adakah aku gagal?
Aku tahu ini ketentuan Yang Maha Esa
Bukan untuk menidakkan kebenaran
Tapi aku lupa
Aku lupa dia sudah tiada...
Air mata mengalir lagi
Bila mengenangkan lambaian terakhir dalam mimpi
Sehari sebelum dia pergi
"Mommy, Ammar nak pergi syurga.. Allah dah panggil Ammar"
Adakah ini peluang yang Allah bagi untukku?

Tapi hati banyak berkata, ini cuma mainan tidur
Sekadar ingin menyedapkan hati
Walaupun baru 7 minggu dalam rahim ini
Namun naluri ibu kuat mengatakan yang dia anak lelaki
Aku pernah cakap kat suami, kalau kita dapat anak lelaki
Kita letak nama Wan Ammar Khazindar..
Semuanya tinggal kenangan.....


Masih baru lagi.. Ada ketika aku menangis sendiri
Maafkan aku.. Aku perlukan masa untuk kuatkan semangat 
Aku yakin aku boleh
Cuma bagi aku masa........
Aku manusia biasa yang punya hati dan perasaan...

MAAFKAN AKU KERANA EMOSI INI......



5 comments:

Mizz Coki said...

Hmmm... saya sedih bila baca citer ini. Kuatkan semangat ye? Saya paham bagaimana awak rasa walaupun saya tak pernah alaminya.

Atie iskandar said...

sabar ye kak.. ade hkmah sumer tue.. kuatkan semangat tau! akk msti boley..

A y e s h a Ramlee said...

sedeynya kak, ayesha dekat 2 tahun nikah belum ada rezeki lagi, siyess kak sedey sangat.. hope akk kuat...

IeYzA azmIEy said...

kak...sabar yea kak. Ujian dari Allah utk akak semoga akak lebih tabah menghadapi...Allah uji akak sebab Allah sayang akak.... sabar tau.
Ada hikmah disebaliknya...insyaAllah.

Nanges lak baca entri ni... haishh T_T

ibu khalish said...

banyakkan bersabar jun..sesungguhnya apa yg tjadi tu, ade hikmahnya...kuatkan semangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...