Sunday, April 10, 2011

Tsunami di perut ku

Assalamualaikum... Aduhh, badan letih sangat hari nie. Penat dengan majlis kahwin sepupu husband. Biasalah, tukang sibuk je. Meramaikan majlis. Yang menjadikan aku bertambah penat, bila diserang angin satu badan. Kepala pening, tekak rasa tak sedap, makan je rasa nak muntah. Perut menggelodak. Serba serbi tak kene.. Berdiri salah, duduk salah. 


Tadi, perut nie memulas sangat-sangat. Ulang alik ke tandas tapi tak jadi apa-apa. Mujur tandas sendiri, kalau tandas awam memang dah kaya raya lah..... Sekali masuk 30sen.







Kesian pulak si kecik nie nak teman main tapi mommy pulak tak sihat. Daddy? Dah lama masuk tidur, esok kerja katanya...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...