Sunday, April 24, 2011

Simptom nak beradik

Assalamualaikum.. Ini kisah anak dara aku sorang nie. Sejak akhir-akhir nie, kuat sungguhla mengamuk. Ada je yang mommy dia buat tak kene, dia suapkan biskut kat aku, bila aku gigit, dia ngamuk, bila aku pura-pura makan pun ngamuk jugak. Macam-macam lah. Tu belum time tidur lagi, kalau tak menangis tak sah.. Bukan menangis sikit-sikit tapi jenis melalak tak hengat.. Aku kadang-kadang hilang sabar juga, pukul kaki dia (bukan dera ok). Lagi dia nangis, dah la tu, tak nak dengan daddy dia. Aku jugak yang jadi mangsa..


Sebelum nie ok je, sejak-sejak nak beradik nie mak aihhh, menjadi-jadi sikapnya. Aku yang duduk kat rumah nie memang banyak melayan dia, mewarna, menulis lah sangat, main, nyanyi sama-sama. Sedaya upayalah takmo buat dia rasa tersisih. Time tidur, kalau aku tak peluk, nangis lah dia, aku hilang kejap je nak g bilik air pun dia boleh bangun melalak. Hadoi nakkk..


Aku dah jadi serba salah sekarang. Adakah ini masa yang sesuai untuk aku tambah anak? Macamana anak aku nanti bila aku nak bersalin? Berenggang pun tak pernah.. Macamana dia nak menyusu nanti? Aku jadi serba salah sangat sekarang... Bersediakah aku???


abaikan peha mommy yang besar gedabak tu..
fokuskan pada muka budak comot yang baru lepas mengamuk..
motif mengamuk : marah mommy cabut tudung.. nak berjalan je kejenya yek....

p/s : sambil aku online nie, dia dok tuang bedak kat kaki aku.. lantak ko lah nakkkkk... janji tak nangis...

2 comments:

LiErOSe~QiEmi said...

ermnn.. tu la perasaan aku masa mula2 dpt tau preggy.. gile serba salah.. tapi sekarang dah ok.. qimie pun cam dah dapat terima nak dapat adik.. dah behave skit dari dulu hihihi

...mommy jue... said...

Qimie dah besar kan? aku nie nanti bsalin dia tak masuk 2 tahun lagi.. huhuu.. skrang nie terlebih sensitif weh, nangis je kejenya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...