Friday, April 29, 2011

Sedikit terkilan....haruskah bersikap begitu?

Assalamualaikum.. Percaturan aku kali nie benar-benar silap. Orang yang aku rasa boleh membantu, dengan pengalaman yang ada, dengan status yang dimiliki, musnah.. Malam tadi aku dengan suami dan anak ke sebuah pusat perubatan di sekitar Kajang. Pada aku, layanan yang di beri oleh doktor tersebut tak se'gah' dengan apa yang dia ada.


Aku masuk je bilik dia, langsung dia tak pandang muka kami.. wajarkah begitu?
Tanya aku pun nak tak nak, muka memang tak pandang lah...
Ujian UPT? tak di jalankan..
Tekanan darah? tak di ambil..


Aku cuma bagitau bila aku last period, last bersalin macamana dan punca. Doktor tu scan, tak nampak apa-apa dalam rahim aku, even kantung.. Aku nie lagi la buta bab-bab scan nie, kalau dia tak cakap memang aku tak nampak.. Dan yang paling aku kecewa, banyak kali dia sebut aku keguguran, sedangkan aku tak de bleeding teruk. 2 kali buat UPT, tetap sama positive.. Masa nak balik pun, dia masih lagi mention, aku mungkin keguguran, lagi dua minggu datang kalau bleeding..


Reaksi aku? Harus lah stress... Begini ke layanan oleh seorang pakar O&G??? Aku rasa aku lagi selesa ke klinik biasa yang doktornya ramah dan kuat bebel.. Lagi banyak info aku dapat...




p/s : emosi terganggu......

2 comments:

luqman said...

sabar sabar

Fitri Senin said...

klinik kat kajang..???klinik apa tu..cuba bgtau sket...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...