Thursday, April 7, 2011

Sedar tak yang kita selalu leka?

Sedarkah kita yang kita selalu leka?
Lalaikah kita dalam menjalani kehidupan seharian?
Lalaikah kita dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang insan?
Lalaikah kita dengan perintah Tuhan?

Kadang-kadang tanpa kita sedar
Kita leka, kita lalai
Leka dengan apa yang ada depan mata
Sampai kita lupa tanggungjawab pada Yang Maha Esa

Kita leka dengan hiburan dunia
Sampai kita lupa dunia akhir zaman
Kita leka dengan kemodenan sampai kita lupa amanah yang diperintahkan

Kita lupa tanggungjawab sebagai Hamba Allah
Kita lupa tanggungjawab sebagai anak
Kita lupa tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri
Kita lupa tanggungjawab kita pada anak-anak
Kita lupa tanggungjawab kita terhadap majikan/syarikat kita
Kita lupa tanggungjawab kita sebagai pelajar

Kerana apa? kita leka
Kita sanggup menghabiskan masa demi kemodenan
Sehinggakan kita lupa ada yang lebih perlukan perhatian
Kini aku sedar, aku dah jauh tersasar

Belum terlambat untuk aku perlahankan keadaan
Jangan jadi terlalu taksub
Kelak kita menyesal kemudian hari
Aku ada keluarga, aku ada suami dan aku ada anak
 yang perlukan perhatian sepenuhnya

banyak sangat dah aku leka nie....



1 comment:

Fairus Bin Mamat said...

KITA MANUSIA MEMANG SELALU LEKA.. TAPI SELAKI MASIH ADA KESEDARAN TAKPE, JANGAN TAK SEDAR LANGSUNG.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...