Friday, April 1, 2011

Pukul 3 pagi....kisah malam jumaat

Assalamualaikum. Aku bersiaran tepat jam 3.41am. Si kecik tu tak berapa sihat, sibuk main atas tilam, nak berdiri, nak berjoget, tiba-tiba dia jatuh dan terhantuk dinding. Sakit dapat, kene marah dengan aku pun dapat. Mata dah mengatuk tapi nak jugak main. Sebelum tu aku bagi dia makan ubat batuk dan selsema. Sedang elok lah, lepas jatuh dan kene marah, aku bagi  BF, terus lena time tu juga. Kesian pulak kat budak kecik tu.... FREE je kene marah dengan aku.


Sudahnya, aku dengan hubby aku tak tidur, risaukan keadaan dia yang tengah selsema dan batuk. Bila dengar bunyi kahak tu lagilah kesian. Sembang punya sembang, tak sedar dah jam 3am... Cik abang dah request murtabak meggi..


Molek sangat lah tu, laki bini memang penternak lemak berjaya abad ini. Sama-sama menggebussskan diri..


murtabak meggi versi malas resepi turun temurun

Masak dalam keadaan gelap dan mengantuk, gini lah jadinya.. terhangit tu biasalah...
Korang semua tahu kan masak benda nie camne? Maka tak payah la aku letak resepi
Ops, kalau nak tambah lemak berkrim dan sedap, letak mayonis..
Selain rasanya yang lemak berkrim, lemak korang pun bertambah-tambah jugakk


p/s : dulu, cik abang sombong, cakap tak minat makan murtabak meggi nie.. la nie, sudah suka pulak.. hehehehe

2 comments:

Tina Othman said...

sedapnya..menternak lemak di jam 3 pagi yea hehehe

^ai-mie : 아이-미^ said...

waa...lame x mkn benda alah ni. kwn kite ajar masak murtabak megi ni masa zaman belajar dulu. pastu cicah dengan sos cili... sodapp!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...