Wednesday, April 6, 2011

Orang kita nie sombong..susah sangat ke nak bagi salam?

Assalamualaikum. Aku malu bila bertembung dengan pak arab kat apartment aku nie. Bukan malu-malu kucing. Aku takdelah keluar rumah sorang-sorang, dan dah tentulah setiap kali bertembung dengan diorang nie, suami aku ada sama.




Kenapa aku malu? Even berselisih sekalipun, diorang tetap akan ucap salam. Dalam lif toksah cakap lah, nak masuk or keluar lif, salam mesti di ucapkan. Orang kita? Nak senyum sesama sendiri pun payah. Sombongkan kita? Lagi satu, bila tiba waktu solat, bila azan berkumandang je, diorang nie berpusu-pusu jemaah kat surau berdekatan. 5 waktu tu boleh kata memang ada je lah yang jalan kaki ke surau. Orang kita? Time tu lah berpusu-pusu sama, tapi bukan ke surau. Ke tempat lain.


Serius, kadang-kadang aku malu dengan diorang. Ini tempat kita tapi kita sendiri tak mesra macam diorang. Kita sendiri sombong dengan sikap kita sendiri. Megah. Bukan kah kita sesama Islam nie harus bersatu? Berat sangat ke nak bagi salam? Berat sangat ke nak bertegur sapa sesama sendiri? Benda baik, tak salah kalau kita ikut dan dah jadi kebiasaan. Yang buruk tu lah yang selalu jadi ikutkan kita.... ye tak?


Wallahualam. Aku nie 2x5 juga. Sampai masa kita kene perbaiki diri. 





2 comments:

Fitri Senin said...

ohh baiknye pak arab yg u jmpa tu..ms i study,byk org arab tp xde la plak manner cmtu..just i sokong pe u kata..yg baik tu kita ikut la kan?

deqlis said...

betui laa...
deqlis pernah solat kat Surau Sunway pyramid...dalam on d way nak kuar kat lorong2x tu berselisih ngan Minah Arab dalam 3-4 orang nak masuk ke arah surau...tetiba jer salah seorang drpd mereka beri salam kepada deqlis... mmg mula2x rasa terkejut..tp deqlis senyum balik dan jawab salam..

hmm rasanya masyarakat kita tak menjadikannya beri salam nie sebagai satu budaya... klu beri salam pulak orang kata yang bukan2x pulak (isu nak tunjuk baik laa, dilabel ustaz/ustazah laa)... sedangkan beri salam lebih baik dari ucap "MORNING!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...