Sunday, April 10, 2011

Nasi putih dan sup ayam

Assalamualaikum. Sakit perut tak baik-baik lagi. Kejap-kejap memulas teruk, berlarilah aku ke bilik air. Lembik dah badan nie. Makan je muntah, cirit birit. Gagahkan diri juga masak sup ayam siang tadi. Kenangkan anak, sakit-sakit pun kene kuat.


Mujurlah Amal Khalisah faham keadaan mommy yang sakit. Baik je dia hari nie. Behave, tak banyak ragam. Apa yang aku suap, dia makan. Aku baring, dia baring sama. Aku ke bilik air, dia setia tunggu depan pintu. Aku sapu minyak kat perut, dia dok sibuk sapu sama. Kejap-kejap cium muka aku, kejap-kejap big hug pulak. Lega sangat hati nie.


Tak de kerja lain aku hari nie melainkan berulang ke bilik air. Dalam masa satu jam tu ada lah dekat 5 kali. Sampai tahap aku terlelap sebab tak tahan sangat. Tidur sebab menahan sakit. Tapi takdelah tidur dalam bilik air. Itu melampau.


Oklah, aku nak jamah nasi dengan sup. Bagi alas perut. Suami aku tadi dah belikan 100plus. Harap-harap ok sikitlah lepas nie.. Nie penangan makan lauk kenduri lah nie. Perut aku memang cenggini, susah nak terima rempah ratus. Apatah lagi kalau masakan catering nie. 




p/s : rasa macam dah kurus je....... 

2 comments:

mama tims said...

sama la kita...perut sya pon susah nak terima lauk kenduri,esp kenduri kawen...balik je cirit birit..ank2 pon sama....

zura_habib said...

kita gengla..aku kalu mkn kenduri confirm berulang tiolet la...sbb tu gi tayang muka je pastu blk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...