Wednesday, April 6, 2011

Nasi goreng dan kenangan

Assalamualaikum. Malam tadi korang dinner apa yek? Aku makan nasi goreng je. Masak sendiri. Resepi turun temurun. Hehehe. Simple sangat. Nanti aku bagi resepi yek. Setiap kali aku masak nasi goreng, mesti aku senyum sendirian. Ada cerita di sebaliknya..


1st time aku masak nasi goreng masa aku darjah 5 kalau tak silap aku lah. Lokasi? Haruslah rumah arwah nenek aku. Hmm, di sebabkan selalu tengok nenek aku masak nasi goreng, maka aku masak dan bertemankan sombong yang tebal dalam diri, kononnya aku tau resepi segala bagai. Apa yang aku buat? Nasi putih satu periuk nasi, bawang besar dan cili boh. Tumbuk bawang, tumis dalam minyak yang banyak giler, masukkan semua cili boh, letak garam dengan banyak dan letak nasi. Hah, korang dapat bayangkan tak?


Habis bersin satu rumah, bab rasa tu, korang faham-fahamlah sendiri kalau dah satu paket besar cili boh aku letak, siapa sanggup telan? Bagi ayam makan pun ayam lari jauh-jauh tau!! Selain dapat nasihat percuma dari nenek aku, aku dapat juga belajar satu perkara yang baru. Jangan sombong, jangan malu untuk bertanya. Dan dari sejak itu, aku tau lah sedikit selok belok kat dapur, macamana nak masak even rasanya tak sama dengan masakan arwah nenek aku. Otai masak lain weh, sambil berkemban, main campak-campak je dah siap. Sedap memang sedap!!


Hmm, sekarang nie segalanya senang. Nasi gorenglah!! Rupanya sangat simple nak masak nasi goreng fav aku nie. Cukup sekadar beberapa ulas bawang, cili merah dan ikan bilis. Tumbuh semuanya dan tumis. Masukkan nasi, perisakan dengan garam, kacau sebati. Dah selesai. Tak payah bubuh cili boh segala bagai.. hehehe




p/s : gambar takde la nokss.. sorry yek!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...