Sunday, April 10, 2011

Nama ganas tapi dalaman mengancam

Assalamualaikum. Hah, tajuk tak boleh blahh.. Aku bukanlah tujukan pada sesiapa pun ok! Aku nie, setiap apa yang aku makan, biasanya ulaman atau buah lah. Mesti akan google cari khasiat yang tersimpan di sebalik buah tersebut. 


Macam yang aku cerita kat entry sebelum nie, aku makan buah naga dengan anak aku. Hah, nama je NAGA tapi dalaman tu sedap wehh.. Banyak khasiat rupanya.


buah naga, gambar buah naga
buah naga
spesis-spesis kaktus juga nie
  • menghaluskan kulit wajah hingga tampak cantik - hak nie aku rasa ramai suka
  • boleh menurunkan kepanasan dalam badan - kalau sesiapa demam ke panas badan bolehlah makan buah nie. sejuk je.
  • untuk penghidap sakit diabetis, buah naga nie boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam darah. Dengan syarat, amalkan memakan buah naga setiap hari walaupun sehiris
  • khas untuk orang perempuan, buah naga dapat hilangkan keputihan yang korang alami!
  • boleh turunkan kadar kandungan kolestrol dalam badan.
  • buah naga kaya dengan potasium, ferum, serat, protein, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan import yang lain.
Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg


p/s : lepas nie kalau tak minat makan buah naga, boleh la cuba-cuba makan. sedap okeyh!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...