Thursday, April 21, 2011

Moga aku di beri kekuatan

Assalamualaikum.. Aku nie bila tengok muka Amal Khalisah, mula la jadi sebak.. Ada masa rasa kesian pulak kat dia, ye lah tak habis lagi nak manja dengan aku, dah nak beradik pulak.. Ke aku yang gelojoh sangat? boleh jadi jugak kan? Sekarang nie aku banyak habiskan masa dengan dia, layan karenah dia lebih dari sebelum nie.. Asal ada kesempatan, aku mesti cakap kat dia yang tak lama lagi dia akan jadi kakak.. Kasih sayang mommy tak kan berubah. Minta dia faham keadaan mommy macamana. 


Mula-mula agak sukar dia nak terima, ada la reaksi merajuk tapi bila dah tiap-tiap masa aku cakap kat dia, nampak dia dah boleh terima.. Kiss perut aku, big hug mommy. Aduhai.. dia memang penyejuk hati aku. Penghibur aku kala sunyi kala sedih dan yang aku pasti, Amal Khalisah kuat semangat. 


daddy pulak tak pandang camera
si kecik yang dah pandai nak pose.....



Cabaran besar untuk aku lepas nie.. Moga aku kuat menjalani hari-hari mendatang.. Aku harap aku tak mabuk, aku harap aku gagah pregnant kali nie sama macam pregnant kan Amal Khalisah. 

2 comments:

ShimaSalleh said...

Tahniah ye! Apa2 pun rezeki tu. Berapa umur Amal? Shima pun preggy ni sangkut masa aQiL sethn4bln.. Sesma la kita ye ;)
Salam kenal.

Fitri Senin said...

nanti dia mesti syg kat adik dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...