Sunday, April 17, 2011

The making of... mee rebus | part 2

Assalamualaikum.. Mee rebus siap!!! Akhirnya, setelah berpenat lelah bersilat kat dapur pagi-pagi buta, siap juga mee rebus kali nie. Si kecik Amal Khalisah, jam 5 pagi baru tidur. Itu pun puas paksa. Kalau tak, jangan harap dia nak tidur. 


Tadaaaa... mee rebus versi mommy.
Tak cukup bahan hiasan, lupa nak beli taugeh.
jemput makan kawan-kawan

Nak cuba tak resepi mommy? Nama resepi nie ialah 

MEE REBUS HANTAM SAJALAH MOMMY....

Bahan-bahannya :

Mee kuning
Sawi
Taugeh
Tauhu
Telur
Limau kasturi
Cili hijau

Bahan untuk kuah :
*Ubi keledek (yang warna oren tu) - rebus sampai empuk
Daging -di rebus, simpan airnya
*1 Mangkuk kecil Udang kering - sangai (lagi banyak lagi bagus)
*10 Bawang merah - aku guna bawang besar, senang
* 2 sudu rempah kari
* 2 ulas bawang putih
* 1 cm halia
* 1 cm lengkuas
* jintan manis & jintan putih
1 mangkuk kecil kacang tanah tumbuk
gula merah
garam
kisar semua bahan yang bertanda *

Caranya :
Tumis bahan yang di kisar hingga naik bau
Masukkan air rebusan daging beserta hirisan daging
Setelah mendidih, masukkan ubi keledek yang sudah di kisar dan kacang tanah tumbuk
(tujuan : memekatkan lagi kuah)
Masukkan gula merah dan perasakan dengan garam
(tak perlu banyak, sebab udang kering dah masin
Kacau hingga sebati

**Aku tak ikut sukatan, biasanya aku masukkan semua bahan ikut kehendak aku. Udang kering kalau masukkan lebih lagi sedap.

" SELAMAT MENCUBA "

p/s : ada masa cuba yek.. aku nak masuk tidur... mata tak boleh nak celik dah nie.... ngeeee






1 comment:

Nava.K said...

My fav food is mee rebus, esp with plenty of chillies inside.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...