Tuesday, April 26, 2011

Makan je lah yang aku tau

Assalamualaikum.. Tadi dinner dah pekena bihun sup. Sejak akhir-akhir nie tekak nak makan sup, berkuah je. Ginilah, sendiri mengidam, sendiri masak. Mood malas nak masuk dapur sangat, tapi kene masuk jugak, perut suami dengan anak nak kene isi. Dah 3 jam lepas dinner, perut lapar balik. Bancuh milo, makan roti. Memang layan dok main cicah-cicah nie.


Anak dara baru je tidur, dari tengahari tadi dia dok main sampailah sekarang baru lena.. Harap-harap sampai ke esok hendaknya dia tidur. Tengahari tadi dia dok membuli mommy, bibir aku dah berdarah dek penangan botol bedak. Syok-syok tidur, si Amal Khalisah hempuk mulut aku dengan botol bedak. Sabar je mommy nie nakk oii...




p/s : dapat makan biskut cicah dengan teh o alangkah indahnya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...