Tuesday, April 12, 2011

Klinik swasta vs Klinik kerajaan.......mana pilihan?

Assalamualaikum. Aku nak tanya pendapat korang...



RM30.00 - dapat ubat dari doktor, bebelan berbakul-bakul, check biasa!
RM 2.00 - dapat ubat, layanan mesra dan ramah, cabut gigi dan dapat MC!


Hah, kalau korang mana korang pilih? Kalau aku, haruslah pilih yang murah kan. Jimat tu... Check up biasa je dah kene RM30 siap pakej doktor meroyan lagi. Takmo aku! Elok-elok gigi tu tak sakit sangat, memang jadi sakit teruk. 


Owh, bukan aku yang kene, tapi my husband. Ini realiti klinik swasta dan klinik kerajaan. Siapa kata klinik kerajaan nie doktornya garang-garang dan buat kerja sambil lewa? Tak semua tempat macam tu. Pada aku, zaman sekarang tak macam dulu. Ada juga doktor yang buat kerja sambil lewa tapi tak semua.


Aku nie dah lama tak ke dentist, tau pakai je, servis nya tak ndak. Aset nak pakai lama nie weh.. Oleh sebab next week hubby ada appointment dengan dentist lagi, maka haruslah aku ikut sama......


Orang sakit gigi nie, jangan main-main.. kalau aku lah yang duduk tempat hubby masa tu, dapat pakej bebelan, confirm aku pulak yang naik hangin. silap-silap kat situ jugak doktor tu bersalin.


p/s : hubby in da house! baru balik cabut gigi.. sian pulak.......

1 comment:

farah wahedda said...

Hurmm kalau farah pilih klinik kerajaan hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...