Thursday, April 7, 2011

Guru patah hidung...apa nak jadi?

Assalamualaikum. Aku tak faham la budak-budak sekarang nie. Cakap lebih-lebih, cikgu kene tumbuk. Kalau cikgu naik tangan, cikgu 'femes' masuk tv. Kene dakwa sana sini. Ginilah jadi kalau mak bapak jenis banyak duit. Lebih-lebih je report polis. Saman sana sini. Hak pukul student sampai meninggal tu lain ceritalah kan.


Pada aku, budak zaman sekarang tak sama macam budak zaman dulu. Kalau dulu, nak tengking cikgu pun marah. Cikgu rotan tengah orang ramai pun takde hal, takde siapa SENTAP. Aku rasa zaman aku ada juga nakal-nakalnya tapi zaman sekarang, melampau nakal.


Bila jadi macam nie, siapa yang harus dipersalahkan? Mak ayah atau guru? Mak ayah terlampau sibuk dengan kerjaya, fikir nak cari duit sampai anak terabai. Subsidikan anak pada orang lain untuk jaga makan pakai dia. Sampaikan orang lain lebih kenal anak sendiri dari mak bapak... Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita... Jangan kita sangkal.


takmo gaduh-gaduh......
kita semua geng!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...