Friday, April 15, 2011

Ekzema semakin pulih

Assalamualaikum. Bila ada anak yang menghidap ekzema, aku memang susah hati. Aku yang menghidap ekzema nie pun kadang-kadang tak tertanggung rasanya. Biarpun ia datang dan pergi, namun masih ada dalam diri nie.


Sepanjang setahun Amal Khalisah lahir, banyak dugaan yang perlu dia lalui sejak ekzema mula 'bertapak' dalam diri. Alhamdulillah, sekarang nie dah nampak satu perubahan yang baik untuk dia. Kalau dulu ekzema ada kat badan dia, kat kaki dia sampaikan kulitnya jadi kasar, bertompok dan gelap dari kulit asal.


Setiap nasihat doktor, sedaya upaya aku ikut walaupun ada masa terlepas pandang. Soal pemakanan, persekitaran, macam-macamlah.. Sekarang nie aku jarang mandikan dia dengan sabun sebaliknya gantikan sabun dengan aquoas cream. Tujuannya? bagi kulit dia sentiasa lembap dan tak kering. Bila kering, akan jadi gatal. Lepas mandi, terus pakaikan aquoas cream kat seluruh badan dia. Asal nampak kering je, aku pakaikan lagi.


Bab pemakanan pula, banyak bagi makan buah, sayur, macam biasa. Untungnya Amal Khalisah nie jenis yang suka minum air masak. Botol air dia memang akan sentiasa terisi dengan air masak. Dia suka makan anggur, epal hijau, brokoli, baby tomato, macam-macamlah... 


Sekarang, aku dapat tarik nafas lega sikit dengan keadaan dia. Aku tau ekzema nie takkan hilang, akan muncul juga. Tapi aku benar-benar harap dan berdoa, agar ia takkan kembali. Tak sanggup tengok keadaan dia bila ekzema....


Pada ibu-ibu yang anaknya menghidap ekzema, sabar ye. Tabah dan kuatkan semangat.. Bukan mudah nak jaga anak yang ekzema nie.. InsyaAllah, satu hari nanti akan pulih juga....

4 comments:

CintaZulaikha said...

Ekzema tu penyakit apa yer??

aLeesYa's Mummy said...

anak saya pernah disyaki ada ekzema..tapi kata doctor ianya mgkin jangkitan dr budak lain kt rumah pengasuh, so sy terus tukar pgasuh lain dan alhamdulillah ank dah sembuh sepenuhnya. Tapi sempat jugak le sengsara 3 bulan nk jaga dia...

...mommy jue... said...

CintaZulaikha : ekzema nie radang kulit..

aleesya's mummy : eh, ekzema bukan penyakit berjangkit la dear. memang takkan berjangkit. hmm, pasal pengasuh tu maybe tak sesuai dengan air atau persekitaran kat situ.. orang yang kene ekzema nie sensitif pada sesetengah keadaan.....

kakyong said...

mommy jue,

n3 utk hadiah dah siap.. check sini ya
http://kakyong72.blogspot.com/2011/04/hadiah-dari-kasihmommy.html

yes, memang perlu kesabaran yg tinggi menjaga anak yg ade ekzema ni.. Insya Allah, boleh sembuh, kakyong dah jumpa few kes... tp dlm proses tu memang mcm2 lah dugaan nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...