Saturday, April 2, 2011

Drama korea dan u turn

Assalamualaikum. Harap maklum, aku nie bukanlah peminat drama korea. Takdela macam teringat dengan drama-drama korea nie. Ada masa bila dah takde cerita lain nak tengok, aku layan juga. Cuma satu perkara je aku perasan sangat-sangat dalam drama korea nie....


Suka buat u turn ikut suka-suka diorang je. Pastu jalan yang diorang u turn tu, memang lengang giler. Walhal, masa sebelum diorang buat u turn tu, jalan tengah jem sangat-sangat. Perasan tak? Lagi satu, si awek nie dah lama sampai airport, si bf baru je keluar rumah tup-tup dah sampai airport, siap boleh beli tiket segala bagai. Senang betul kan nak cari parking, beli tiket segala bagai..


Ntahlah, kadang-kadang aku nak tergelak juga. U turn nie jadi satu benda wajib dalam setiap drama. Baru nampak hidup kot kalau macam tu. 


p/s : drama melayu kita sama juga, tak habis-habis langgar kat simpang. pastu jatuh cinta..... 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...