Thursday, April 7, 2011

Check up @ Hosp Ampang | part 2

Assalamualaikum. Kepenatan sangat hari nie.. Siang tadi separuh hari kat Hospital Ampang. Dapat jumpa doktor pakar Paed, memanglah satu perkara yang paling aku harapkan. Lama jugakla doktor check anak aku. So far alhamdulillah, anak aku sihat cuma tang eczema tu je lah susah sikit. Aku kene banyak usaha. Aku ada juga tanya doktor kalau-kalau anak aku ada menghidap asthma macam aku. Setakat nie takde tanda-tanda yang menunjukkan Amal Khalisah ada asthma cuma hari demi hari aku banyak kene pantau dan pritahin tentang keadaan dia. Bila dia selalu batuk, bila dia selalu bersin, macamana keadaan dia lepas main. Macam-macamlah. 


Mak mana yang tak risaukan kesihatan anak.. Ye tak? Mak mana yang tak sayang anak. Semua mak nak yang terbaik untuk anak. Semua mak nak anak dia sihat walafiat macam orang lain dan kalau anak sakit, mak sanggup tanggung sakit anak, asalkan si anak nie sihat. Hmm, macam nie juga yang mak kita rasa masa kita kecik-kecik dulu. Sekarang nie dah kahwin, dan dah ada anak, barulah tau erti sebenar kehidupan...







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...