Sunday, April 10, 2011

Bila EBM, urine dan poo-poo bertukar merah.. apa tandanya?

Assalamualaikum. Pagi tadi masa tukar pampers anak, terkejut sangat tengok warna pada pampers pink kemerah-merahan. Tak seperti biasa. Aku cukup peka pada perubahan anak aku. Dalam hati, mula risau. Apa yang tak kene nie? Si suami? Lagilah risau.. Lagi satu bila anak poo-poo, korang faham kan? Keadaan sama berlaku. Warna merah jugak. Apa yang tak kene? Aku masih lagi sabar..... tapi, bila mana anak menyusu, dan aku sengaja perah susu sedikit, warna susu seakan pink. Hah..... Puas la aku dok memikir. Sampailah aku dapat tahu semuanya berpunca dari....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
buah naga 

Inilah punca kemerahan segala benda.. huhuhuhu.. yup, semalam aku makan buah naga dengan Amal Khalisah. Anak aku suka buah nie. Actually, apa-apa jenis buah yang aku bagi, dia akan makan. Sebelum nie aku pernah bagi buah naga putih, kebetulan ke Tesco Ampang baru-baru nie, ada buah naga maka aku beli lah. 

Aku pernah terbaca satu artikel pasal bf nie. Kalau kita banyak makan lobak merah, susu kita akan jadi oren samar-samar. Kalau makan buah naga merah, susu jadi pink samar-samar. Fuhhh, dah tak risau dah!!

1 comment:

Fieda said...

oh....kuat btul penangan kaler buah ni yer....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...