Monday, April 4, 2011

Berat tanggungjawab seorang ibu dan isteri

Assalamualaikum. Tanggungjawab sebagai surirumah memang berat. Kadang-kadang memang tak terbuat apatah lagi anak dah makin besar dan lasak. 


Aku selalu buntu bila fikir apa nak masak, nak bagi suami dan anak makan. Kalau setakat aku dengan suami, boleh lah main belasah nak masak apa pun tapi memandangkan anak aku masih kecik nie, soal pemakanan memang kene jaga. Seimbang atau tak. Alhamdulillah aku dapat anak yang tak cerewet makan dan suka makan sayur dan buah! 


Satu hal lagi pasal education anak. Perkembangan dia dari sebulan ke sebulan. Banyak yang aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Kalau aku nie bekerja, senang je semua hantar taska dan taska akan uruskan. Kadang-kadang aku rasa macam banyak benda yang anak aku ketinggalan. Kesian pula kat dia.


Soal kesihatan, ini yang buat aku sedikit runsing dan terkilan. Ekzemanya tak baik-baik, terutama kaki. Macam-macam cara aku buat tapi masih sama. Appointment dengan pakar kanak-kanak, klinik biasa semua aku dah cuba tapi mungkin belum tiba masa untuk baik sepenuhnya.



Bila dah selalu menghabiskan masa dengan anak, kadang-kadang rasa terabai sedikit tanggungjawab sebagai seorang isteri. Alhamdulillah aku dapat suami yang memang dan sangat-sangat memahami. Baju kerja suami gosok sendiri, dia faham keadaan anak yang selalu ganggu aku buat kerja biarpun masa dan ketika itu anak ada dengan dia. Aku sedih bila tak dapat jalankan tanggungjawab yang sempurna.


Soal baju tak berlipat, rumah sedikit bersepah, itu dia dah faham. Dia tengok sendiri macamana aku 'dibuli' oleh budak kecik nie. Sungguh, aku terhutang budi sangat-sangat pada suami aku. Dia banyak berkorban untuk keluarga. Macamana keadaan sekalipun, keluarga tetap di utamakan. Penat lelah dia mencari rezeki untuk family, usaha untuk bagi isteri dan anak cukup makan pakai, buat aku betul-betul rasa terharu.


Saat dan ketika ini, aku masih belum mampu jadi ibu mithali dan isteri yang solehah. Bukan sesuatu perkara yang mudah bagi aku. 







2 comments:

.:hanna radzi:. said...

setuju!

Memang berat...lagi berat bila seorang ibu yang memelihara seorang anak yatim.tak jaga dgn baik, dosa yang dapat.niat mesti sentiasa di jaga..

khalish ammar said...

btul tu jun...aku pun same..nk2 bla waktu blik keje..penat..keadaan umah jgn cite la..kdg2 x terurus pun..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...