Wednesday, April 13, 2011

Penggera kebakaran..... false alarm!

Assalamualaikum. Apa korang akan buat kalau penggera kebakaran tiba-tiba berbunyi? Siap-siap untuk lari kan? Hah, aku dah kene semalam. Petang semalam, mendung tak, guruh tak, hujan pun tak, tiba-tiba je petir. Aku yang duduk kat dapur tengah masak, nampak sendiri panahan petir seakan dekat dengan apartment kami. Tak semena-mena penggera kebakaran berbunyi, bukan tu je, alarm kereta boleh dikatakan kebanyakan berbunyi.
Aku dari dapur, hilang mood nak masak, lari cepat-cepat dapatkan Amal Khalisah yang masa tu tengah tengok tv. Cabut semua plug yang ada, duduk diam-diam. Penggera kebakaran masih lagi berbunyi. Kat luar dah kecoh-kecoh. Yelah, siapa tak takut? Kalau betul-betul ada kebakaran macamana?


Aku yang takde pengalaman nie, dok menangis ketakutan. Siap-siap pakai tudung, kot-kot la kene turun kan. Dalam otak dok fikir, kalau betul kene turun, boleh naik lif atau pun kene turun tangga? tingkat 13 weh, boleh terbakar lemak-lemak dalam badan nie!!


Sumpah panik! Tangan nie tak lepas peluk anak, mulut terkumat kamit baca surah, azan. Call husband, husband cakap jangan panik! Lama jugaklah alarm tu berbunyi. Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa berlaku. False alarm je. Mungkin kesan petir tu kuat sangat, sampai semua alarm berbunyi.


Sumpah, aku takut bila petir. Nak tau kenapa? Ada kisah di sebaliknya.... Nanti aku cerita....

1 comment:

LiErOSe~QiEmi said...

ko dok tingkat 13??? tingginyee... tapi aku keje kat tkt 12, so bila ada fire drill turun siap2 guna lif ahahahahaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...