Sunday, April 24, 2011

Apalah salah nasi lemak?

Assalamualaikum.. Aku rasa ada kecoh-kecoh pasal nasi lemak diharamkan di jual di kantin sekolah. Katanya punca budak-budak obes. Ok fine, aku tak setuju tu. Kenapa? Kononnya nasi lemak tak baik untuk kesihatan, boleh menggemukkan, banyak guna santanlah segala bagai. Apa salahnya kalau kurangkan kuantiti santan dalam nasi? 


gambar hiasan

Yang itu dilarang sangat, tunding jari segala bagai kat pihak kantin kononnya punca kegemukan kanak-kanak. Tapi sebaliknya kita sebagai ibu bapa/penjaga pernah tak fikirkan soal pemakanan anak-anak? Ajar anak makan makanan yang sihat dah berkhasiat? Pernah tak kita bekalkan anak-anak kita dengan makanan? Masak siap-siap, bagi anak bawa bekal. 


Kalau kat kantin tak jual nasi lemak sekalipun, kat luar sekolah ada orang jual aiskrim, jual jajan, balik rumah makan sosej, burger, pizza, kfc, meggi segala bagai, sihat ke budak tu? Gula-gula, coklat, itu dah jadi menu wajib untuk budak-budak. Macamana pulak agaknya ya?


Sebelum salahkan satu-satu pihak, kita tengok diri sendiri dulu. Mampukah kita bagi yang terbaik untuk anak kita? Jangan mengharapkan orang lain sangat.. Apalah sangat kesan nasi lemak pada budak-budak.. Diorang ada juga aktiviti bagi keluar peluh, senaman, main bola segala bagai.. Kita yang tua nie dok melantak segala bagai tapi takmo bersenam, macamana?





4 comments:

Cik Aish said...

orang dulu dulu nasi lemak la jadi makanan..tak obes pun.

nape takde larangan atau pantauan terhadap ibubapa pulak? larang anak mkn fast food!

Farah Shamsudin said...

sokong tu kak.. jangan salahkan cara pemakanan di sekolah.. sebenarnya cuba tengok balik cara pemakanan di rumah.. ntah berkhasiat ke tidak kan..

...mommy jue... said...

kan? orang dulu2 lagi lah, tak gemuk pun.. slim je.. skrang nie je, budak2 tak suka makan sayur, lebih minat pada fast food..takde sosej,takde telur, tak sah...

fadhdeela said...

setuju!!! mak deela usaha kantin..mak ckp kerajaan xbg jual nasi lemak tp bdk2 yg mintak sbb mengenyangkann..ada jugak pelajar yg bwk bekal dari umah burger la nuget la..xobes ke tu??hihi

meh sini: Salma Peserta Mentor yang Terbaikk!!

Sini Jugak: Senarai Imam Muda Musim Kedua 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...