Friday, April 15, 2011

Apa yang perlu kita tahu pasal Ekzema

Assalamualaikum. Tak ramai ibu bapa kat luar sana yang tahu apa itu ekzema.


Apa itu Ekzema ? 

  • Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.
  • Berlaku pada semua peringkat umur tapi lebih kerap terjadi pada kanak-kanak berusia kurang 2 tahun
  • Bayi yang menghidap ekzema dalam lingkungan usia 6 bulan - 2 tahun, akan menanggung kesengsaraan, badan gatal berlebihan, resah gelisah, pedih dan sentiasa menangis.
  • Bagi kanak-kanak, lebih mudah diserang ekzema di kawasan-kawasan pelipat seperti, lutut, siku, buku lali, atas punggung dan belakang telinga. Ada juga sesetengahnya yang mengalami ekzema di kulit kepala.
Punca Ekzema?
  • Menurut kajian, ekzema adalah penyakit genetik di mana jika ibu bapa menghidap asthma dan resdung (rhinitis) maka kemungkinan besar, anak akan mengalami ekzema.
  • Perubahan cuaca, tekanan emosi, alahan pada sesetengah makanan, hama atau perubahan cuaca yang cukup ketara ada kalanya menjadi punca serangan ekzema
Tanda-tanda Ekzema?
  • Menggelupas
  • Bersisik
  • Kemerah-merahan
  • Kulit yang kering
  • Penebalan kulit
  • Ada kalanya lepuhan juga terbentuk
  • Bagi bayi - ekzema lebih kerap berlaku pada bahagian kepala, muka, tangan, dan kaki
  • Bagi dewasa dan kanak-kanak - belakang lutut, dan pelipat siku dan buku lali.
Faktor yang merangsang ekzema
  • Cuaca yang terlalu panas
  • Kulit yang terlalu kering
  • Keradangan akibat sabun mandi, bahan pencuci, fabrik dan bahan kimia lain
  • Alahan makanan
  • Alahan pada habuk rumah, debunga atau bulu haiwan
  • Jangkitan virus dan bakteria
  • Penjagaan di rumah
Ekzema boleh di kawal dengan pelbagai cara iaitu :
  • Bagi kanak-kanak, pastikan kulit mereka sentiasa lembap
  • Elak punca rangsangan seperti di atas
  • Kurangkan rasa gatal (akibat kekeringan) dengan menggunakan kain lembap/sentiasa basahkan kulit anak anda
  • Setiap kanak-kanak mempunyai tindak balas yang berbeza, agak sukar untuk menentukan punca sebenar terjadinya ekzema
  • Antara perkara biasa yang boleh menyebabkan ekzema terjadi adalah sisa makanan tepi mulut, kain bulu, cadar, lapik kusyen kereta, sabun (termasuk buih mandian dan antiseptik) serta bulu haiwan
Kekal kelembapan, elak menggaru, suhu yang sesuai
  • Kekalkan kelembapan kulit - contoh: aquoas cream sebagai pengganti sabun dan bahan pelembap. Sapu pelembap sekerap mungkin
  • Kawal anak anda dari menggaru, pastikan kuku sentiasa pendek
  • Kepanasan adalah perangsang ekzema paling utama, anak anda perlu ada dalam keadaan sejuk, kalau menggunakan aircond pastikan badan anak anda disapu pelembap terlebih dahulu, ini kerana aircond boleh menyebabkan kekeringan pada kulit
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari kapas supaya senang serap peluh
Adakah ekzema boleh sembuh?
  • Ekzema tidak boleh sembuh tapi ianya boleh di kawal dengan kaedah tertentu dan proses ini mengambil masa bertahun-tahun
Adakah ekzema boleh berjangkit?
  • Tidak sama sekali.

sumber:  semua info sya dapat dari bacaan sya satu hari nie..kebanyakannya dari keratan akhbar, majalah dan internet


p/s : harap-harap apa yang sya kongsi bersama dengan kalian nie sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi sedikit info. yes, saya sangat ambil serius tentang masalah ekzema dan saya tau dan pasti ramai ibu bapa di luar sana yang sangat risau bila anak menghidap ekzema. Kesian si anak kecil, menderita kesakitan sedangkan kita cuba yang terbaik untuk sembuhkannya. Saya harap parents kat luar sana, tabah dan sabar menangani masalah ini, jangan mudah putus asa, jangan mudah patah semangat. Kadang-kadang bila kita stress anak akan turut stress.






2 comments:

Fitri Senin said...

ms kat opis lama..anak kwn yg anak derang yg kena ekzema agak teruk gak..derang suggest pakai ubat gamat healing tu..ubat sapu..kecik je botolnye tapi mahal..cm pakai ubat tu utk 2mggu tp harga dalam rm100++

M said...

saja nak share,sya pon penghidap ekzema.dah lama pon,yes masalah ni berlarutan,nampak da pulih,jadi bila relaks skit,tk kawal dan teruskan rutin,memang dia akan datang semula.sya juga dah amalkan produk moo goo,stakat ni memang moogoo sesuai utk penghidap ekzema...selain tu bole amalkan minum madu dgn habatus sauda setiap hari.better yang original tanpa campuran...teruskan usaha,jangan putus asa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...