Tuesday, April 5, 2011

Amanah.....guru pukul pelajar hingga mati..

Assalamualaikum. Al-fatihah. Takziah buat family adik yang meninggal akibat di pukul oleh gurunya. Budak tu baru 7 tahun, apalah yang dia tahu sangat. Kalau ye pun, janganlah buat macam tu. Mana perginya kesabaran dan iman di dada? Mana hilangnya innallah ma'sobirin? Adakah ini yang diterapkan dalam diri sebagai pendidik?


Cikgu ambil nyawa
al-fatihah.
Berita penuh : METRO

Tak kisahlah sama ada kita nie guru yang di amanahkan untuk mendidik dan menjaga anak-anak kita atau sesiapa pun. Even yang bergelar pengasuh sekalipun, sesiapa yang bagi kepercayaan pada kita untuk jaga anak-anak mereka, itu dah kira amanah. Aku akui, bukan satu benda yang mudah nak mendidik seseorang insan nie apatah lagi kanak-kanak. Kesabaran memang perlu dalam diri.


Memang betul ada sesetengah parents nie amanahkan pada cikgu atau pengasuh 'kalau anak saya nakal, cikgu pukul je lah..' Aku pun mengasuh juga tapi tak pernah la sampai tahap tanggan nie hinggap kat badan diorang. Setakat marah tanda tegur itu adat. Nak cederakan anak orang lain? Aku tak sanggup. Cuba letak diri kita sebagai ibu bapa budak tu.. Sanggup ke kita tengok anak kita kene pukul, kene dera? Apa perasaan kita masa tu?


Setiap tanggungjawab, pikul dengan sebaik mungkin. Jangan di sebabkan nafsu amarah kita tu, orang lain mendapat susah.

4 comments:

Ibnushukran said...

inalillah.. alhamdulillah kanak2 2 punyai tempat di syurga kelak.. mcm mne boleh terjadi mcm 2 sekali..

yatie chomeyl said...

kesian budak kecil tu :(

Fitri Senin said...

betul..betul..saya setuju..

zati embong said...

ape2 biarpun mak ayah bg green light utk pukul,bukannya smpai mencederakan apatah lg mmbunuh.just untuk memberi ingtan shj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...