Tuesday, April 5, 2011

Alahan Anafilaksis..apa yang perlu kita tahu

Assalamualaikum. Korang pernah tak kene alahan? Aku rasa majoriti pernah kene alahan cuma sama ada serius atau tak je kan? Aku nie dengan alahan memang tak dapat di pisahkan. Alahan so-so je selalu kene tapi tang alahan teruk, semalam baru kene. Hampir putus nafas weh!!


Alahan serius a.k.a anafilaksis nie kalau di biar tanpa rawatan memang boleh mengundang maut hanya dalam masa 15 minit sahaja. Alahan ini boleh terjadi dalam tempoh beberapa saat hingga 2 jam selepas terdedah kepala alergen. Oleh itu jangan pandang ringan jika korang mengalami simptom-simptom macam nie :
  • kulit gatal atau naik ruam gatal
  • bibir, kerongkong dan lidah membengkak/merah
  • sakit kepala
  • mual, muntah dan kejang perut
  • nafas berdecit, tercungap, batuk, suara garau
  • hilang kesedaran

Punca alahan anafilaksis biasanya seperti ubat-ubatan (penisilin atau ubat-ubatan lain), sengatan serangga, makanan (kekacang, makanan laut, perisa makanan dll) dan senaman.

p/s : malam tadi kene cucuk kat bahu (anti alahan dan steroid) dan hari nie aku mamai sepanjang hari.. padah alahan anafilaksis yang hampir mengundang maut pada aku. siapa suh makan ikut je? 









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...