Saturday, April 2, 2011

Akhirnya... pulang juga ke 'pangkal jalan'

Assalamualaikum.. Hadoi, susah sungguh nak online kat Kuantan nie. Ops, lupa nak bagitau, aku dah ada kat Kuantan. Balik kampunggg!! Seronok sangat tengok parents aku main dengan cucu.. Memang tak dapat nak tidur lah. 


Aku dari malam tadi tak tidur, punyalah excited nak balik kampung. Awal-awal pagi, kul 4.30am dah kejut suami. Tak menyempat-nyempat. Kul 5am bertolak dari Kajang, dalam 9.30am baru sampai IM. Lama? hmm, berhenti makan kat R&R Temerloh lama sangat.


Balik kali nie memang takde siapa yang tahu. Saje nak buat kejutan untuk diorang. Dan memang betul-betul terkejutlahh.. hehehe.. Anak aku je, mula-mula nampak takut tapi tak sampai 5 minit dah tunjuk aksi-aksi manja dan mengada.. Cucu sulung, gitulahhh..


Dah, aku takde mood sangat nak layan internet. Maxis suck kat IM nie. Benci. Siput lagi laju tau!




p/s : esok dah nak balik KL, makanya malam nie ddk rumah je. bagi peluang atuk dgn nenek main dengan cucu......



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...