Saturday, March 12, 2011

Yang senang itulah yang susah

Assalamualaikum. Sekarang nie, mana-mana semuanya online. Baik nak sambung belajar, bayar saman, macam-macam lah.. Tapi broadband mahal. Pakai streamyx, line jap-jap DC, pastu tak stabil, slow connectionlah, kabel kene curi, macam-macam lagi. Broadband pun sama juga. Ada limit pakej berapa G. Nak load page, sikit punya lama. Nak download borang, juga lama. Habis satu borang, dah sampai limit. Kene top up. Hah, tak ke buang duit namanya? 


Sekarang nie, aku bayar mahal-mahal, tapi connection cam siput babi! Nak load page, dari tadi tak boleh masuk. Tiap-tiap bulan, aku kene sedekahkan duit kat diorang. Diorang juga yang makin kaya! Ye, pada aku internet sekarang nie penting. Bukan setakat penting untuk berhibur tapi senang nak dapat info dengan pantas. Macam-macam yang boleh kita dapat dengan internet. 


Yang menyenangkan ini lah yang menyusahkan kita-kita sebenarnya. Sedar atau tidak tapi itulah hakikat. Tak ada broadband, pakat-pakat lepak kat mana-mana zon hotspot, mana-mana zon wifi. Lepak lama-lama, siapkan kerja, order air bergelas-gelas, sudahnya mamak tu yang kaya.


gambar hiasan
dahla gary oi, buat penat kamu jek.. tak payahla nak jalan laju-laju
kalau dah siput tu, siput juga...

payah betul nak load page. kacau mood aku yang tengah semangat nak BW!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...