Thursday, March 31, 2011

Wasabi - apa yang anda perlu tahu

Assalamualaikum. Dinner tadi makan sushi, beli je dekat tesco. Sekadar nak lepas mengidam, tu je. Nak makan kat Sushi King, rasa was-was pulak. Setiap kali makan sushi, benda wajib ada selain kicap adalah WASABI.


Yup, rasanya memanglah menyengat sikit tapi itulah yang buat sushi rasa sedap! Sungguh, untuk orang resdung macam aku, sekali pekena wasabi, memang clear nak hidung nie.. Tekak pun rasa selesa. Senang je nak bernafas. Kalau time tu termakan udang ke, makan je wasabi, segala gatal-gatal kat tekak dan dalam telinga akan hilang! 

 
pokok wasabi dan wasabi paste

Nama lain bagi wasabi : Wasabia japonica, atau: Eutrema japonica, atau dalam bahasa Inggerisnya : Japanese Horseradish

Tergolong dalam kumpulan kubis.

Parutan ubinya (rizoma) yang juga disebut wasabi, dimakan sebagai penyeri masakan Jepun, seperti sashimi,sushi, soba, dan ochazuke. Daun, tangkai, dan rizoma memiliki aroma harum, dan rasa tajam menusuk hingga ke hidung seperti mustard, tapi bukan pedas di lidah seperti cili.

Pada yang belum pernah makan wasabi nie, bolehlah cuba tapi dinasihatkan jangan ambil dalam kuantiti yang banyak yek. Nanti korang sendiri tak tahan rasa menyengat tu.. Rasa bagai nak meletup je hidung korang!


p/s : ngidam sushi lagi... boleh?




sumber : wikipedia


3 comments:

Fitri Senin said...

eh..boleh tlg clearkan sket resdung ek mkn wasabi..kena bgtau hubby ni..tq :)

.:hanna radzi:. said...

smlm pun gi tesco.
dah tgk sushi tu.
tpi t'agak2 nak amik ke idak.
huhu...

dyana nana said...

HUhu, shushi, shushi , mne kau nieh ?
hurm.. mengidam la plak... lme nie ta makan ..huhu >,<
nak nak...!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...