Wednesday, March 2, 2011

Update lewat malam

Assalamualaikum.. Tadi ke Tesco dan ke pasar. Weekend baru nie tak sempat pergi pun. Banyak melencong ke lain. Gitulah, lain yang di rancang, lain yang aku buat. Beli barang keperluan rumah, sabun basuh baju, sabun mandi segala bagai. Minggu nie makan masakan kampung je lah, rata-rata beli sayur kampung. Pegaga, pucuk ubi, pucuk manis, tempe, keledek, ikan pari, paru, daging dan ikan selar. Kalau dah ada pari tu, maka wajib bakar lah. Suami aku memang suka pari bakar. Aku lagi suka, senang kerja aku nanti. Waah, malam-malam cerita pasal makan. Memang tak sesuai kan? Aku nak sambung lipat kain baju yang berbakul tu. Sementara anak tengah lena tidur nie, boleh la curi-curi buat kerja. Kalau tak, memang tak siaplah jawabnya. Tukang QC (anak aku lah) dok reject hasil kerja aku..






p/s : macamana la badan nak sihat, takdenya pernah cukup tidur. kalori pun tak terbakar macam nie, memang takde harapan nak kurus. Menternak lemak je kerjanya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...