Monday, March 7, 2011

Sony Ericsson vs Nokia

Assalamualaikum.. Anak dara aku nie memang pantang tengok hp. Esp hp aku lah. Kalau ada depan mata, memang dia ambil dan masuk mulut. Kalau tak pun dia letak kat telinga. Kalau dia dah bosan, di campak-campaknya hp aku tuh. Sama ada jadi puzzle ataupun terus off. Setiap kali jadi macam tu, aku memang urut dada lah. Tak boleh salahkan budak jugak, aku nie jenis letak merata. Time bercinta dulu reti simpan hp baik-baik, ke mana je pergi hp tak lekang. Sejak dah bersuami nie, takde kisah nak cara ke hp. Bukan ada siapa pun nak call. Kalau ada pun, msg dari gossip girl. 



sumber : google
sony ericsson w880i 

Nie lah hp yang aku dok guna sekarang. Hp ehsan dari encik suami. Aku nie memang baka pakai barang turun temurun dari dulu lagi. Baik baju sampailah ke HP. Suami aku dah ada hp lain, dia baginya hp yang nie. Korang tengoklah, camne anak aku aku tak suka? Sama macam biskut cream cracker kan? Nipis. Memang senang nak masuk dalam mulut dia tu. Hari tu dah hancus casing si kecik nie pecahkan. Dah tukar yang baru, lagi lah dia suka. Tunggu peluang nak pecahkan sekali lagi je.

Sekarang nie hp biskut nie ada masa dan ketika tak boleh dengar, siapa-siapa call memang aku tak angkat. Hang sana sini. Silap-silap telinga boleh pekak dek kerana bingitnya speaker. (Speaker pecah kot). Sms je lah boleh harap. Nie pun pantang letak sekejap dah off sendiri. Suami aku kata, nanti ada rezeki nak belikan hp baru, yang boleh 3g. Pada aku, ada baiknya duit tu beli barang lain yang berfaedah. Aku tak nak blackberry, aku tak nak hp mahal-mahal. 


sumber : google
nokia 3310

Ada lagi tak model nie? Senang. Kalau rosak pun aku tak ralat. Nak campak kot mana sekalipun, hp nie tetap lasak. Dah jatuh pun masih boleh sambung cakap k!!


6 comments:

fasha said...

sama mcm adik saya. suka mskkan hp dlm mulut. lpstu campak and terburai. duh :(

RazFiRa said...

ade.. saye punye.. hehe..nak ke?

...mommy jue... said...

fasha : sedih kan? berkecai...
razfira : lepas nie boleh buat GA-Siapa nak nokia 3310.. ngeh3...

Fadzillah Kamarudin said...

ada...
3310 henfon pertama...
still ok sampai lani...
tapi dah simpan...
lani pakai sony ericsson...

___Mrs Suhaidi___ said...

3310 mcm dh xde org pkai skang ni kan,kt kedai saye dia punye accessories mmg dh berhabuk,xde org tnye dh...huhu..tp mmg phone ni sgt lasak..:)

...mommy jue... said...

apa kelas kan pakai 3310. sekarang semua orang dok kejar BB.. Agak-agak kalau sya keluarkan 3310, tunjuk depan orang yang pakai BB, diorang pengsan tak? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...