Monday, March 7, 2011

Selesai sudah... lega

Assalamualaikum. Morning. Aku baru balik dari Klinik Desa, bawa Amal Khalisah injection 1 tahun. Kene tunggu lama sikit lah, bukan tunggu giliran yang lama tapi tunggu ubat tak sampai-sampai lagi. Biasalah tu kan. Klinik kerajaan. Mana simpan stok. Orang memanglah ramai tapi masing-masing ada giliran, nak timbanglah, jumpa nurse untuk tahu perkembangan lah. Disebabkan Amal Khalisah dah check up Khamis lepas, maka lega lah sikit. Kalau tak, jenuh juga nak tunggu giliran yang panjang. No. 18 tapi antara orang terawal yang balik. Bagus kan? Lepas nie tunggu dia 18 bulan baru datang semula.. Fuhh, lega...


Owh, bulan depan ada check up lagi, tapi kali nie dengan Pakar Paed Hosp Ampang. Ini harus pergi. Kalau tak pergi memang rugi. Tak boleh nak skip sesuka hati... 




p/s : mata mengantuk yang amat. malam tadi tidur lewat. Ada gangguan kejiranan.. Orang perempuan yang tak sedar diri dok mengilai ramai-ramai. Mencik...

1 comment:

zura_habib said...

huhu..xsanggyup nk tgk anak kena cucuk...kesian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...