Saturday, March 5, 2011

Selesai menternak lemak.... selsema pula

Assalamualaikum.. Burp, alhamdulillah. Buruk laku sungguhla mak orang nie kan? hehe.. Actually baru sampai rumah. Tadi ke rumah mertua, sambut birthday ayah mertua yang ke-69. Mak mertua buat pulut kuning dengan rendang, kami belikan satay dan ipar duai belikan kek SR. Memang menternak lemak lah kitorang anak beranak tadi. Aku dengan hidung soksek nie pun makan tak ingat. Amal Khalisah, semua benda dia balun. Asal sampai kat mulut dia, makan je. Budak nak membesar. Selera makan pun bertambah, sama macam aku. Macamana aku nak kurus kalau macam nie? Aku sejak BF anak nie, selera menjadi-jadi! Pastu mula la menangis depan almari, segala baju tak muat. Pakai macam sarung nangka... Memalukan! Masa tu lah semua ikrar keluar, nak diet, nak jogging, takmo makan nasi, takmo makan malam tapi sampai masa... Melantak semuanya.. Lupa segala ikrar.. Hadoi.. Pitam makkkk....




Owh, gambar esoklah aku upload yek. Malas nak transfer dari camera. Lagipun mata dah berat sangat. Baru lepas telan ubat selsema. Tahap mengantuk yang memang tak boleh di bawa berunding dah nie.. Selamat Malam semua.....










p/s : Nakk, kalau mommy tidur berdengkur, redha je lah yek. Resdung mommy tengah teruk nieh....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...