Tuesday, March 1, 2011

Saman dan saman lagi...

Assalamualaikum.. Semalam last day bayar saman. Lepas nie tak ada discount dah. Tengok berita tengah malam semalam, punyalah ramai orang dok beratur, semata-mata nak bayar saman. Rata-rata tempat, baik balai polis, baik pejabat pos, semuanya penuh. Sesak dengan orang. Sampaikan nombor giliran habis!! Laman web myeg, rileks, pdrm segala bagai pun susah nak masuk. Kalau tak silap aku, tawaran bayar saman nie dari hujung tahun lepas kan? Awal-awal lagi dah bagi announce di lanjutkan tempoh bayaran sampai 28hb Februari. Tapi masih ada lagi manusia yang suka buat kerja last minit. Yang bestnya, siap minta rayuan lanjutan tempoh bayaran. Siapa suruh bayar last minit? Masa bawa kereta takde ingat pula saman menyaman nie. Ikut suka redah je kan? Kononnya, bawa laju-laju nie macho sangatlah! Gagah la kot! Lagi satu kes, last minit baru nak semak saman. Tengok-tengok ada 25 saman k!! Mana nak cekau duit???


Ntahla, aku tak faham sikap manusia yang suka buat kerja last minit nie. Kalau nenek aku nie, sahih dia cakap 'Nie lah dia, tang tu nak berak, tang tu jugak g korek tanah!'..


Hah, lepas nie beringat lah yek. Jangan sedap kaki tekan minyak je. Jeling-jeling sikit kat meter tu. Kalau rasa tak nak kene saman lagi, tak payah naik kereta, naik je public transport. Kalau laju pun, bukan korang yang kene saman, driver yang kene. Okeyh? Takmo sentap-sentap, takmo sedih-sedih...




p/s : 1 Mac. ingat, tali pinggang keledar belakang kene pakai dah sekarang, kalau rasa nak kene saman lagi, rindu nak beratur panjang-panjang, janganlah pakai yek!! daaa~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...