Tuesday, March 1, 2011

Rezeki Churpchurp bertambah...

Assalamualaikum.. Rasanya dah lama tak buat entry pasal Churpchurp nie. Semalam tengok earning masih lagi RM10.20, tup-tup buka tadi dah RM11.80. Alhamdulillah. Biar pun lambat, janji ada peningkatan. Churpchurp nie bukan macam nuffnang, nak tunggu BE segala bagai. Kadang-kadang belum tentu kita dapat. Churpchurp nie atas hasil usaha dan kerja keras kita sebagai 'orang tengah' yang tolong mempromosi sesuatu iklan. Kalau rajin, masyuklahhh. Semuanya bergantung pada usaha... 



Churpchurp tak macam nuffnang, bila earning dah sampai RM50, dah boleh cash out. Churpchurp kene tunggu cukup RM100, baru boleh cash out. Alah, kira cam tabung lah. Pada aku, nak dapatkan RM100 tu, memang senang kalau kita kerja kuat,. Banyak tempat yang kita boleh guna untuk promosi kan benda alah tu. Macam aku cakap tadi, kalau kita rajin, banyaklah rezeki kita dapat. Jangan putus asa. Usaha dan usaha lagi. InsyaAllah, hasilnya lumayan..... Berminat nak join? Bolehlah isi borang Churpchurp. Ikut je arahan... Semoga berjaya ye kawan-kawan!!!


p/s : aku bukan nak menunjuk-nunjuk atau riak, cuma ingin berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Untung-untung korang pun dapat sama...


3 comments:

Finaz Jaafar said...

bwu dapat bape RM jeh..hmmm

SyUhAdA said...

byk jgk tu..
syu ckit je..

nuruljannah sukhri said...

sama dgn says.my
rm0.20 per klik.xpyh tgu BE ke traffic sume..rajin iklan bykla income..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...