Tuesday, March 22, 2011

Pengorbanan ibu.. tidak ternilai

Assalamualaikum. Malam nie sure tidur lewat lagi. Aku dah pening sebenarnya, tiap-tiap malam tidur lewat. Kadang-kadang tu sampai matahari terbit, aku berjaga lagi. Hakikat sebenar, aku mengantuk yang amat. Nie pun gagahkan diri update blog, takut terlelap.


Anak aku nie tengah syok melayan mickey mouse clubhouse! Aku dah bawa dia masuk bilik, tutup semua lampu, tapi tetap dia tak nak tidur. Boleh je dia berjalan sorang-sorang dalam gelap pergi depan tv. Kalau aku tidur, atau buat-buat tidur, memang saje cari nahas dengan dia. Maunya muka aku nie kene tampar dengan tangan kecik tu. Silap-silap kalau aku buat-buat tidur lagi, buku singgah kat muka. Anak aku kalau tidur, mesti nak ada buku. 


Nak tak nak terpaksa mengalah, kang dia mengamuk satu hal nak pujuk. Malas nak bagi anak menangis time dia tengah selsema dengan batuk nie. Buat melarat je. Mujurlah aku nie surirumah sepenuh masa, kalau wanita bekerjaya? Memang tidur kat ofis lah!! 


Jadi mak nie bukan mudah. Ini baru anak sorang, kalau ramai? Lagi banyak ragam anak-anak. Pengorbanan mak untuk anak memang tak ternilai lah! Dah kahwin dan ada anak baru sedar.. Ayah pun takkan boleh buat benda yang sama macam mak buat. Betul tak? Ye, saat nie suami aku nyenyak tidur. Aku juga la terpaksa menahan mata melayan si kecik nie. 


Aku tak rasa ralat pun, sekurangnya hubungan aku dengan anak jadi rapat. Aku tak sabar nak tunggu dia besar sikit, nak bawa dia jalan-jalan, nak bawa dia shopping. Macam-macam aku nak buat dengan dia..


Bayangkan macamana mak kita jaga kita dulu? Boleh ke kita buat benda yang sama macam mak kita buat sekarang? Dapatkah kita balas semua pengorbanan mak kita? Nak melahirkan satu umat Nabi Muhammad, nak melahirkan sorang hamba Allah, nyawa yang di pertaruhkan tau! Sementara mak masih ada nie, sama-samalah kita jaga hati mak kita.. Sayang dia sepenuh hati tak berbelah bahagi. Ingat, takde apa yang lebih bernilai dari doa seorang ibu..




p/s : ngindu pulak kat mama......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...