Sunday, March 6, 2011

Park Hea Jin - Family Comes Here

Assalamualaikum.. Sekarang nie tengah demam korea. Rata-rata orang suka lagu korea, drama korea. Aku memang tak layan drama korea nie. Tengok drama bersiri melayu pun tak, lagi lah nak tengok drama asing. Actually ada satu rancangan nie, Family Comes Here channel astro HD 393, biasa tayang setiap sabtu jam 7.15pm, malamnya ada repeat lagi. Aku suka dan jatuh cinta dengan rancangan nie. Memang kelakar sangat. Rancangan nie kebanyakan artis korea ada join, diorang kene jaga rumah dan buat kerja bagi pihak tuan rumah. Kiranya amanah tuan rumah pada diorang lah. Biasanya diorang kene masuk kampung. Macam-macam lah aktiviti yang diorang kene buat. Seriusly, aku memang gelak sampai keluar air mata tau! Husband aku pun sama naik juga tengok rancangan tu sekarang. Berapa kali tengok repeat pun boleh gelak juga. Owh, salah satu actor yang aku suka dalam rancangan tu, Park Hea Jin. Kenapa aku suka dia? Sebab dia selalu kene buli, walaupun tak banyak bercakap, karektor dia memang kadang-kadang lawak. Taklah menonjol sangat. Tapi dikenali dengan gelaran 'lelaki lembik'. Soalan yang biasa kawan-kawan dia tanya dia 'Siapa sayang kamu?' Jawapan mamat jambu tetap sama 'Perempuan sayang saya..'


sumber : google
comey tak? comey kan? huhuhuhu
confirm kat luar sana ramai yang suka tengok dia

Actually, dalam ramai-ramai tu mamat nie sorang je yang aku dapat tangkap namanya. Yang lain tak sempat. Lagipun diorang cakap laju sangat. Memang susah nak faham. Walaupun ada sarikata tetap aku tak boleh nak catch up..

p/s : kalau tak tengok rancangan tu, aku tak tau dia nie artis. lalu sebelah pun aku tak kenal.. eh, dia berlakon cerita apa ek?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...