Wednesday, March 16, 2011

Pandang dengan mata hati..

Assalamualaikum. Kisah Tsunami memang jadi bualan sekarang. Macam-macamlah lawak jenaka yang lahir dari segelintir masyarakat kita. Masing-masing sedia maklum kan? Apa yang jadi sebenarnya peringatan untuk kita akan kebesaran kuasa Allah swt. Tak kisahlah apa jua musibah yang menimpa orang lain, baik bencana alam, kemalangan hatta perceraian sekalipun. Seharusnya kita pandang dari sudut positif, seharusnya kita rasa bersyukur kerana kita masih selamat dan masih bernafas di bumi Allah. Seharusnya kita bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk perbaiki kesilapan diri dan dekatkan lagi diri pada Yang Maha Esa. 






p/s : diri takkan maju selagi mana kita berfikiran negative. Pandang dengan mata hati bukan dengan mata kasar. Fikir guna akal. renung-renungkan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...