Thursday, March 10, 2011

Menu simple untuk anak-anak

Assalamualaikum.. Dah petang rupanya.. Berperang dengan anak-anak nie sampai tak sedar hari dah petang. Bangun pun lewat, menahan sakit kepala dari semalam lagi. Saki baki pening tu ada lah lagi. Berdiri lama, mesti nak pitam. Owh, itu angkara resdung. Hidung nie bagaikan buah jambu madu. Rasa bengkak je. 


Oleh sebab tahap ketidaklaratan wujud, maka menu lunch pun ala-ala malas jugak. Sakit camne pun, masak tetap kena masak. Kesian budak-budak nie lapar. 


sumber : google

sumber : google
pasta spiral

Pasta Sprila. Budak-budak nie suka. Banyak jugala diorang makan. Mungkin bentuk tu yang menarik perhatian budak-budak nie agaknya. Takde la meriah sangat, resepi pun simple.

Pasta Spiral - di rebus bersama sedikit garam dan olive oil
Lada benggala - potong panjang (saje kasi meriah)
Brokoli - yang nie tak letak tadi sebab takde..
Sosej ayam - potong bulat-bulat (rebus dulu)
bawang merah - di mayang
oregano
Olive oil untuk menumis

caranya :
Panaskan olive oil, tumis bawang merah, masukkan lada benggala, hirisan sosej, brokoli
Masukkan pasta spiral, kalau rasa-rasa kering tu tambah la olive oil, kacau sebati, masukkan garam dan oregano.
Kacau sebati, biar 2-3 minit, dah siap.... boleh makan.... 

Senangkan? Selamat mencuba

Aku nie kadang-kadang pening kepala juga nak fikir menu untuk budak-budak nie. Sekali sekala wujudkan kelainan, memang lah diorang suka. Buah, sayur, itu menu wajib ada untuk diorang..  Nasi? Jap-jap lagi baru masak, anak aku nie kalau tak makan nasi, malam karang mula lah dia merengek lapar. Macam malam tadi, pukul satu lebih dok merengek gigit jari. Walhal dah bagi makan sebelumnya...


p/s : anak tengah lasak, cengginilahhhh
p/s/s : dok berkemas tadi, lupa mana letaknya camera.... hukhuk

3 comments:

Fairus Bin Mamat said...

PERNAH RASA SEKALI.. TAK MINAT.. TEKAK TAKLEH TERIMA..

...mommy jue... said...

hehe.. kalau kene dengan cara masak, sedap la jugak.. tapi tu lah, tak semua orang boleh terima nie..

Nava.K said...

surely fits for kids and why not for adults too, very healthy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...