Tuesday, March 29, 2011

Menahan sakit gigi

Assalamualaikum. Aku tak berapa bercakap sangat dengan hubby aku. Ops, bukan perang besar tapi dia tengah sakit gigi. Siang tadi dah ke klinik.. 2 klinik - untuk demam dan dentist! Ye, semalam dia MC. Melepek je! Sangat kasihan.


Dentist bagi masa seminggu untuk habiskan antibiotik. Minggu depan baru ada appointment untuk cabut gigi dan tampal mana yang patut. Malam tadi, sakit makin menjadi-jadi. Pipi pun dah bengkak. Aku nak tolong pun tak berani dan takut. Orang sakit gigi nie, angin lain sikit. Silap-silap kita boleh kene marah!


gambar hiasan

Tak nak gigi rosak/sakit?

Sila jumpa dentist at least setahun sekali! Pandai pakai pandai la servis ye.
Pemakanan pun kene jaga.

p/s : gigi anak dah 8 batang, berperang dalam bilik air setiap kali nak gosokkan gigi dia.. hadoi....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...