Wednesday, March 2, 2011

Jadual imunisasi bayi bagi tahun 2011.. bila lagi?

sumber : KKM


Assalamualaikum.. Anak aku dah setahun, sepatutnya dah kene cucuk untuk setahun. Tapi sampai ke saat nie aku tak bawa dia pergi klinik desa. Nak pergi tu memang la mudah, bukan jauh sangat. Biasanya bab-bab bawa anak ke klinik desa nie, memang aku akan pergi dengan suami lah. Senang sikit. Nak bawa anak, nak drive sendiri, tambah lagi aku mengasuh budak, kalau pergi sorang-sorang memanglah susah! Lagi satu, klinik desa nie hanya ada hari tertentu sahaja untuk bayi. Selasa - dari pagi sampai petang dan Khamis - separuh hari. Kalau pergi hari Selasa tu memanglah penuh sampai keluar. Parking pun payah. Nak tunggu satu hal, berjam lamanya. Nurse tu lah yang carikan buku, dia jugalah yang panggil, dia jugalah yang nak timbangkan budak, catat segala bagai. Aku lemah kalau macam nie tau. Memang nak kene cari satu masa yang betul-betul sesuai, suami kene ambil cuti kalau perlu, berkampung dekat klinik tu. Lepas subuh dah terpacak depan klinik...


Bila la mommy nak bawa Amal Khalisah cucuk nie nakkk?

p/s : ikutkan hati nak je bawa dia ke klinik swasta.. mahal pun takpelah. janji puas hati... tak payah tunggu berjam, doktor sendiri yang check up dan doktor sendiri yang suntik!

2 comments:

Hantu Ulam said...

aku pun x pnh lg g klinik desa...huhu..

puncanya sbb aku xmo amik cuti n beratur pjg..aku rela byr mahal as long as aku x menunggu n x perlu cutii

mama aisar said...

jun...cpt2 la g...sbb aku penah dgr..kalu termiss satu cucuk tue...yg dah cucuk sebelum nie xguna dah..xberkesan...aku xingt sape yg citer kat aku....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...