Tuesday, March 1, 2011

Mana nak sorok??...pitammmm

Assalamualaikum.. Ini kisah anak dara aku, Wan Amal Khalisah yang berusia setahun sebulan. Sekarang dah makin lasak, dah pandai cari gaduh dengan aku, dah pandai pujuk, mulut pun kuat berceloteh. Jalan? Toksah cakaplah, tawaf meja makan, jalan sambil tangan kat dada, jap lagi angkat tangan, dengar lagu berhenti jap. Goyang-goyang badan. Part paling aku pening, sorok barang. Aku tengah basuh pinggan kat dapur, tup-tup dia buka kitchen cabinet tempat letak beras, bawang segala bagai tu. Kat situlah dia sorok remote astro. Lepas tu boleh buat muka tak bersalah, ambil pula remote tv, sorok dalam tu. Mujur aku nampak. Kalau tak jenuh nak selongkar satu rumah......


Yang nie pulak, aku dah susun elok-elok kasut, 
dia rajin pulak nak kemas balik. Lepas tu, botol solivite yang dah habis minum 
di sorokkan dalam kasut daddy.. 

Tengoklah, betapa usahanya dia dok sumbat botol solivite dalam kasut tu..
Bila aku minta balik kat dia botol tu, pandai pula bagi balik.
Takut kene marah, cepat-cepat dia peluk aku.
Kalau aku tak sedar tu, harus bersemutlah kasut daddy. Satu keje nak berjemur!

Botol deodorant aku pun sama jadi mangsa, dia sorok dalam stokin daddy. Kalau aku tak perasan tu, memang hangit lah ketiak aku seminggu. Sabar je lah nakkk oiiii.. Kalau hp bolehlah nak miss call, remote tv camne?? **PITAM MOMMY!!**


p/s : keletah dia lah yang buat aku kuat, yang mampu hilangkan kesakitan, mampu hilangkan segala kedukaan.....

2 comments:

ch@ said...

ahahaha, comel betul. kalau guna rak kasut bertutup siap selak pun dia boleh buka punya, confirm. esok2 dia pakai satu2 kasut yg ada kat situ. itula anak dara namanya. rajin 'mengemas' hiii.

LiErOSe~QiEmi said...

ishhhh!!! nakal cam mommy dia la.. hhahah.. ala jun, biasala budak nak membesar.. tu kira bijak la tu.. pandai dia sorok barang tempat yg kite kompen tak tau hihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...