Sunday, March 6, 2011

Luahan hati seorang suri rumah...aku yang bermasalah

Assalamualaikum.. Asal weekend je memang traffik akan drop. Sungguh! Aku dah lali dengan semua nie. Weekend hari dengan family. Ada sesetengah orang tu, sampai tak sentuh langsung lappy masa weekend. Biasanya yang bekeluarga lah. Bujang-bujangan nie, mungkin ada masa nak online. Aku kalau tak ke mana-mana, memang akan online, update satu dua entry tapi tak serancak hari biasa. Sebab aku tau, tak ramai yang online dan agak payah untuk memikat pembaca. 


Serius, blog nie lah teman aku selain anak. Siapa kata duduk rumah nie enjoy? Tak boring? Sampai tahap, malas nak buat semua kerja. Kenapa? Mood melayang jauh. Lagi-lagi macam aku yang duduk apartment, dua tiga langkah dah sampai dapur. Dua tiga langkah dah sampai depan. Paling kuat pun ambil angin kat luar, masa sidai kain baju. Itupun malam hari. 


Ada saat dan ketika, aku juga perlu masa untuk diri sendiri. Rehatkan badan, rehatkan minda. Tidur memang tak cukup. Memang tak dapat tidur lena kalau ada anak kecik nie. Aku tak salahkan dia, budak lagi kot.. Anak aku tu.. Kot mana sekalipun anak tetap di utamakan. Orang mungkin ingat, duduk rumah nie seronok. Hakikatnya tidak. Berperang dengan emosi sendiri. Ya, kerja ofis penat juga, penat otak. Memikirkan masalah kerja, tapi semua tu akan hilang bila bulan-bulan, gaji masyuk. Nak shopping apa pun tak ada masalah. Duit sendiri. Ada masa nak hang out, ada masa dengan kawan-kawan, hilangkan stress. 


Surirumah macam aku nie? Mana dapat gaji bulanan. Kalau ada pun, upah jaga anak orang. Itupun berapa lah sangat. Buat tambah-tambah belanja dapur. Nak shopping lebih-lebih, banyak yang perlu di fikirkan. Bukan senang tau single income nie. Orang mungkin fikir, bila suami kerja dan wife duduk rumah means gaji suami tu besar. Alhamdulillah, setakat nie cukup untuk kami anak beranak. Itupun kene beringat masa berbelanja.


Kerja surirumah nie memang tak pernah berkesudahan. Sehari berpuluh kali pegang penyapu. Sehari berpuluh kali basuh pinggan. Dari pagi sampai ke malam. Penat.. Tapi semua tu, ibadat. Tak dapat gaji pun takpe lah. Dah jadi tanggungjawab. Asal anak dapat makan, suami dapat makan, alhamdulillah. Ikhlas kan je lah semua tu. Pada aku, rezeki boleh cari tapi kasih sayang tak dapat di jual beli. 




p/s : ada saat dan ketika, perlu menyendiri. muhasabah diri. tenangkan minda. perbetulkan keadaan. Emosi mak cik sangat tak stabil hari nie. Meroyan tak sudah.... sorry ye daddy~

2 comments:

Zyash said...

hehe..salam singgah.

ch@ said...

betul sungguh kata mommy tu, kita kerja, tapi masa cuti lebih penat daripada kerja, sebab buat kerja rumah. tapi takpe mommy, semua tu ada ganjaran. baik di dunia, disayangi anak dan suami mahupun akhirat. sabar eh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...